Thursday, November 20, 2008

Ketika Gajah Itu Menggila...


Alhamdulillah ya Rabbi, dengan nikmat islam, iman dan nyawa, deretan otot dorsal interrossei ku masih lagi gagah menghenyak papan kekunci demi maksud sharing is caring...

Gajah...sejenis haiwan yang secara fizikalnya besar dan gagah, tetapi aku yakin dalam dirinya terselit kelembutan dan ketakutan. Masih ingat bukan kisah gajah takutkan tikus? Takut2 tikus akan masuk dalam belalai gajah lalu membuat gajah hypoxia lalu brainstem death.

Itulah kisah gajah yang ada dalam kamus kehidupan kanak-kanak kita. Namun kisah gajah yang menarik hatiku besar kaitannya dengan seorang lelaki bernama Abrahah. Siapa tidak kenal Abrahah, gabenor Yaman yang terkenal berkuasa.

Itulah fitrah kuasa. Orang yang berkuasa biasanya mahukan negaranya menjadi tumpuan manusia seluruh alam. Tumpuan diperoleh dengan membina pusat-pusat utama. Lihatlah betapa gahnya Malaysia sejak Menara Berkembar Petronas mula mencakar langit. Itu sekarang. Tapi hakikatnya, sebelum Rasulullah lahir lagi, Mekah sememangnya menjadi tumpuan orang ramai dek tertegaknya Kaabah. Tapi sayang seribu kali sayang, tertegaknya Kaabah bukan kerana mentauhidkan Tuhan, tapi lebih kepada membesar dan mengagungkan keturunan.

Apalagi, Abrahah semestinya cemburu melihat fenomena itu, seolah2nya dia mengalami masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Lalu atas nama mengagungkan Kristian, Abrahah membina sebuah gereja di Yaman dengan harapan manusia beralih arah menuju ke sana. Tapi ternyata sia2.

Ternyata jika sejarah itu kita mahu singkapi dan perhalusi, pasti kita dapat melihat lebih banyak bukti bahawa masyarakat Arab jahiliyah itu sebenarnya percaya sahaja pada kewujudan Allah yang Maha Esa. Penggunaan nama Abdullah, surat ugut kepada Rasulullah yang didahului dengan basmallah dan banyak lagi. Dalam kisah tentera Abrahah ini, peranan datuk Nabi, Abdul Mutalib lebih menguatkan bukti2 tersebut.

Kisahnya begini. Sebelum tentera Abrahah tiba di Mekah, Abdul Mutalib meminta unta dari Abrahah. Abrahah hairan, "Apakah Abdul Mutalib ini, bukannya hendak diminta supaya aku tak serang Kaabah, tapi dimintanya unta pula." Tetapi Abdul Mutalib dengan lapang dada menyatakan bahawa Kaabah akan dilindungi oleh Tuannya walaupun jelas sekali Abdul Mutalib masih kafir.

Halangan yang dihadapi oleh tentera Abrahah bukan calang-calang dugaan. Biiznillah, gajah-gajah itu enggan sama sekali untuk masuk ke Mekah. Tambah-tambah lagi, tentera Abrahah diduga dengan 'tentera dari langit'.

"Dan Dia Mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong. Yang melempari mereka dengan batu dari tanah liat yang dibakar. Sehingga mereka dijadikanNya seperti daun-daun yang dimakan ulat."

Padaku, burung ababil ini ada keunikan kisahnya yang tersendiri. Cukup menarik. Kerana wujudnya sesetengah ulama' yang mentafsirkan 'BURUNG YANG MEMBAWA BATU' itu sebagai WABAK CACAR. Tidak kurang juga yang mentafsirkannya sebagai binatang kecil seperti nyamuk yang membawa tanah beracun lagi berkuman.

Cuba kita bandingkan, apakah interpretasi kita apabila mendengar dua pernyataan di bawah:

a) Kuala Lumpur dilanda WABAK CACAR.
b) Kuala Lumpur dilanda SERANGAN BURUNG YANG MEMBAWA TANAH DIBAKAR.

Which one makes more sense to you?

Semestinya pernyataan pertama, kan? Hatta tafsirannya mungkin wabak AIDS, Ebola, SARS dan sebagainya, lebih mudah untuk kita menerima pernyataan pertama.

Tapi kerana apa? Inilah namanya LOGIK AKAL. Manusia sering sahaja mencari2 jalan yang mudah tertaksir dek akal fikiran, tanpa sedar bahawa akal itu boleh jadi lupa, boleh jadi terbatas kepada perkara-perkara bukan ghaib sahaja.

Bukan hendak menuding jari menuduh tafsiran ulama yang kurang tepat dan sebagainya. Tetapi sekadar mengingatkan diri, bahawa bukan perkara yang logik akal sahaja yang berada dalam qudrat dan iradat Allah.

Itulah manusia, kita telah terbiasa dengan sinaran mentari yang menggigit, hembusan bayu yang menyapa, titisan air hujan yang gugur ke bumi, sehingga kita lupa bahawa setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita sebenarnya adalah LUAR BIASA. Sama luar biasa dengan tersebarnya wabak cacar, sama anehnya dengan bertebarannya burung ababil menggegar tentera Abrahah.

Ayuh, renungkan kembali alam yang terbentang luas ini. Moga dengan hanya titisan embun pagi di hujung daun yang LUARBIASA, mampu memberi sentakan iman yang cukup terasa di lubuk jiwa.

Dari Ali ra: Jika agama itu semata-mata mengenai logik akal, maka akan aku dapati bahawa menyapu di bawah khuf itu lebih utama dari menyapu di bahagian atasnya.

Monday, September 15, 2008

S.U.N.A.T.H.O.N 2008

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Alhamdulillah, setelah berjaya mendapatkan semua foto-foto Sunathon 2008, bermulalah kembaraku mengetuk keypad (courtesy to Fatein).

Sunathon, abbreviation kepada Sunat Marathon atau pun Sunat Beramai-ramai memang suatu pengalaman yang cukup tak ternilai. Dan yang lebih istimewa lagi, Sunathon yang aku sertai tidak sama dengan Sunathon yang dihadiri oleh rakan-rakan UK/Eire yang lain. Mereka berada nun jauh di Pulau Perhentian, aku hanya di Felda Sri Jaya, Muar.

Bukan Liyana tidak mengajakku untuk turut serta ke Sunathon di Pulau Perhentian. Tapi atas dasar kekangan jarak dan masa, aku tahu aku perlu prioritise. Emak pula sudah mula menunjukkan 'tanda-tanda' protes atas kekerapanku keluar rumah. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Farah Nadia yang sedang read medicine di Rusia mengajakku untuk turut serta Sunathon mereka - bersama Russian Medical Team aka RMT. Boleh juga menambah kenalan baru, fikirku.

15 Ogos 2008



Setibanya kami di rumah datuk dan nenek Dini dan Layla, semua orang nampaknya sedang sibuk praktis circumcision berbekalkan sebiji limau, sebatang hos berukuran 3 inci, syringe, artery clamp, needle holder dan sebagainya. Mula-mula perlu bagi local anaesthetics (LA), then clean the smegma (kotoran), then cut the extra skin, then suturing (jahit). Sounds easy right, but the reality is harsh.

Aku sedikit nervous kerana memandangkan aku masih belum belajar di hospital, masih banyak perkara yang kukira not at my fingertips. Rendah diri pun ada kerana rakan-rakan Rusia kebanyakannya berada dalam tahun-tahun akhir pengajian perubatan dan semestinya mereka lebih arif. Tapi, aku tetap seronok dan optimis, because it's gonna be my first surgery to be done ever with big kids to be my experimented 'lab rat'.

Petang itu, setelah perasmian, aku dan Farah diberi keluarga angkat - Tok Janggut dan Nenek Mazlah yang banyak membela kucing. Tok Janggut merupakan seorang imam masjid di Felda Sri Jaya. Dan ya, mungkin kerana janggutnya yang sejemput itu maka dia menyuruh kami memanggilnya begitu. Rakan-rakan mengusik kami agar tidak lupa bangun Subuh apabila bermalam di rumah Tok Janggut. Nenek Mazlah pula tidak berapa sihat, tidak boleh banyak berjalan kerana sakit goutnya. Kami puas dijamu oleh kedua-duanya kerana mereka tidak putus-putus menyuruh kami makan. Tapi itulah untung memiliki ramai anak - 16 orang semuanya - setiap hujung minggu pasti ada anak-anak yang menjenguk mereka. Sayang, tidak dapat aku meluangkan masa lebih lama dengan mereka.

Malam itu, sesi bersama anak yatim berlangsung. Ramai juga anak yatim di sini. Kebanyakannya menjadi anak angkat kepada penduduk felda di situ. Dr Rina Salwani dari Hospital Muar, lulusan University College Dublin turut dijemput menyampaikan ceramah motivasi. Menginsafkan, ada yang menitiskan air mata sebak. Tapi seronok juga melihat wajah-wajah kecil yang ceria apabila mereka mendapat hamper.



Sesi Bersama Anak Yatim

Dek kawasan penempatan Felda yang agak mengelirukan, kami aku dan Farah tersesat ketika mencari jalan pulang ke rumah Tok Janggut dalam kelam malam.

16 Ogos 2008
Nun jauh di sana, sebuah kereta bomba sudah menunggu. Sebaik sahaja budak-budak itu berkumpul, mereka disiram beramai-ramai dengan hos paip bomba. What a scene! Sungguh bagus untuk mereka yang belum mandi pagi.


Ritual 'wajib' sebelum bersunat

Di balai raya, aku membantu yang lain mengisi syringe dengan campuran Lignocaine dan Marcaine, sejenis LA. Ramai juga staf hospital yang datang membantu. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan- 5 katil. My team consists of myself, Kak Ila, Al dan Pakcik X, seorang staf hospital yang telah lebih 2 dekad berpengalaman menyunat. Lupa pula hendak bertanya nama.

Finally, I have my very own first patient. And I have my very first opinion - the most painful part is when you give the LA. Don't mess with it. Macam-macam ragam budak-budak ini - ada yang meraung, ada yang cool dan macho menahan sakit, ada juga yang loyar buruk, memberi bermacam- macam helah untuk melengahkan proses bersunat. Ada juga yang abang bersunat, adik yang menangis. Kasih adik-beradik.

Bercakap pasal menangis, wails and screams in circumcision room is very contagious. Pada awalnya, hampir tiada sesiapa yang menangis. Tetapi apabila seorang mula meraung, pesakit yang seterusnya mula buat hal juga.

Membersihkan smegma juga menyakitkan. This is because the short-acting Lignocaine only started to exert its action. Pakcik X memberi peluang kepadaku untuk perform suturing. Walaupun aku selalu menjahit silang pangkah untuk kelim dan jahitan mata lalat untuk leher baju kurung, tapi suturing ternyata memberi pengalaman yang berbeza kerana yang memegang jarum itu bukan lagi jari, tapi needle holder. Menggigil juga walaupun tidak nervous.


Dr. Raihanah in action

Akhirnya, selesai kelapan2 budak yang kami sunatkan. Oh, aku terpaksa segera memandu pulang ke Batu Pahat kerana nenek buat kenduri arwah. Tidak dapatlah aku turut serta dalam sesi health checkups keesokan harinya.

Alhamdulillah, pengalaman berharga buat diriku...

Sunday, August 31, 2008

Make Du'a...


Aku terkadang memikirkan my state of mind apabila dilanda kealpaan. Kealpaan yang meruntun jiwaku untuk meluahkan perasaan dan berkongsi kekhilafan bersama seorang insan bergelar teman rapat. Kealpaankah itu? Bukankah suci apabila meluangkan masa bersama teman sejati? Tapi realitinya tidak ku dapati sesuci itu.

Pernah aku tangisi ketiadaan teman sejati di sisi. Kononnya tiada tempat untuk aku mengadu. Namun, di sebalik itu, hati kecilku tidak dapat menafikan - aku tidak pernah rasa puas mengadu nasib pada manusia. Bukan mahu memperkecilkan usaha seorang sahabat. A true friend is always a good listener. Tapi, kadangkala, hanya itulah yang termampu untuk dilakukan oleh seorang teman - mendengar, memberi sokongan, mencadangkan penyelesaian tetapi mungkin tidak mampu untuk menghulurkan tangan yang menyelesaikan. Khilaf manusia serba kekurangan. Lagi pula, setelah mulutku mengadu menyusun bicara, rasa kesal menerpa diri, bimbang pula kalau umpat keji ada tersisa. Astaghfirullah...

Tapi lihatlah pada keupayaan Pencipta. Aku sentiasa rasa tenang setelah mengadu padaNya. Kerana konsep berserah seorang hamba itu hanya milik Allah yang abadi. Bukan mudah untuk kita rasa berserah kepada seorang manusia. Allah sememangnya cukup Suka dengan hambanya yang merintih nasib, mengadu untung rugi hidup terhadapNya. Dan sesungguhnya Allah ar-Rahman ar-Rahim tidak lupa untuk membekalkan kita panduan bagaimana untuk berdoa kepadaNya.

Surah Al-A'raf, 7: 23
Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami, nescaya pastilah kami termasuk orang2 yang rugi."

Surah Al-A'raf, 7:47
Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata, "Y a Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama2 orang2 yang zalim itu."

Surah Thaaha, 20: 25-28
Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku."

Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMu, bantulah aku untuk memberikan ibadah yang terbaik buatMu, dan bantulah aku untuk sentiasa bersyukur kepadaMu...

Saturday, August 30, 2008

Anak Kita Harapan Kita


Malam ini, tangan terasa gatal hendak mengetuk keypad. Padahal idea di minda tidak pula menjurus ke arah mana-mana isu. Sambil sekali-sekala menoleh pada adikku Najihah yang sudah hanyut dibuai mimpi, aku teringat kunjungan SMS yang diterima daripada rakannya siang tadi, tapi tegar berbaur ancaman.

Apalah yang ada pada pertelingkahan seorang pelajar Tingkatan 1 MRSM Muar ini? Hati kecilku tergelak kecil apabila membaca SMS tersebut. Panjang berjela melempias amarah yang terbuku di hati. Intipatinya hanya hal kecil yang dibesar-besarkan menurut kaca mataku. Walaupun rentetan SMS itu diakhiri dengan satu pesanan memohon kemaafan atas salah faham yang berlaku, aku tidak dapat menafikan ketidakmatangan insan yang baru menginjak usia remaja.

Adikku tidak cepat melatah dengan SMS tersebut. Cuma kelihatan dia terburu-buru membacanya. Lama juga dia memerap diri di tingkat atas rumah sementara kami semua di bawah, mungkin cuba menjernihkan air yang keruh. Yang pasti, air matanya yang tersisa mengundang agakan di benakku.

Itulah bezanya apabila manusia meningkat usia. Kita akan punya lebih kawalan terhadap emosi dan situasi. Tapi aku harus lebih peka dan memahami. Tidak wajar aku melayan luahan hatinya dengan teropong seorang dewasa. Jika itu yang berlaku, maka aku akan memperkecilkan usahanya menilai situasi dan membentuk jati diri. Bukan ibu bapa sahaja yang besar peranannya. Moga dia lebih cepat matang dalam mengharung kehidupan akan datang.

Teringat aku ketika menghadiri majlis bacaan Yasin di rumah Cik Nor di Labis. Memandu sejauh itu memang meletihkan untuk aku, tapi keletah 5 orang kanak-kanak sekolah rendah sedikit sebanyak menghilangkan lelahku. Ketika tetamu sedang menjamu selera, aku duduk bersimpuh di dulang sambil bermuayashah dengan mereka. Faham-faham sahajalah apabila berborak dengan anak kecil, ada sahaja jawabnya atau loyar buruknya. Setelah selesai makan, salah seorang daripada mereka, Aiman namanya, menghampiriku. "Kita sukalah kat akak," ujarnya selamba. Nasib baik budak darjah 1, aku hanya mampu tersenyum, membalas selambanya.

Kanak-kanak memang begitu. Jujur hatinya bertingkah dengan nakal lagaknya. Alangkah eloknya jika kejujuran itu kekal sehingga ke akhir hayat. Namun, dunia orang dewasa jarang yang sesuci itu. Kita sudah tahu erti berhelah, cover line dan sebagainya. Biasalah, nak hidup kena pandai - cliche sungguh pernyataan ini.

Moga hari-hariku disulami kejujuran dan niat yang murni, walaupun mungkin didatangi situasi yang mencabar sanubari.

p/s: Credit to Ahmad Faris Iskandar, my newborn cousin for drawing a smile on my face. Cepat besar ye?

Monday, July 28, 2008

Durian Datang Lagi...


Kasihan aku melihat ayah, terhencut-hencut ketika berjalan, wajahnya berkerut menahan kesakitan. "Ayah makan apa sampai jadi macam ni?" Suatu persoalan cliche yang aku dan mak sering ajukan pada ayah apabila penyakit goutnya kembali menyerang. Aku mula menggeledah kotak short term memoryku. Seingat aku, tiada pula aku masak apa2 yang menarik picu gout ayah. Dan tidak ada pula kami sekeluarga makan apa2 yang berlainan dari kebiasaan. Namun, puas berfikir, jawapan tak kutemu, aku buntu.

GOUT. Sejenis penyakit yang biasa menyerang mereka yang sudah berumur. Kaki membengkak akibat pemendapan kristal asid urik yang terhasil daripada makanan yang mengandungi kandungan purine yang tinggi.

Lantas aku dan mak membawa ayah ke hospital. Mak jadi co-pilot, aku memandu. "Seronok jadi ma'am besar kat belakang ni rupanya ya," ujar ayah berseloroh, tidak padan dengan kesakitan yang sedang dialaminya. Baru aku sedar, aku tidak pernah memandu sambil ayah duduk di belakang. Ayah cukup sukar memberi kepercayaan kepada anak-anaknya. Maklumlah, semuanya perempuan belaka. Kalau hendak ke mana2 dan selagi dia ikut sama, ayah pasti mahu memandu. Tapi kali ini, ayah akur. Kakinya sedang bisa, mana mungkin dapat memijak clutch dengan baik.

Tapi, dalam masa yang sama, aku sudah rasa dewasa. Kepercayaan dari ayah sedang aku takluki sedikit demi sedikit.

Akhirnya, ayah beroleh cuti sakit selama 2 hari. Tidak perlu lama menunggu untuk berjumpa doktor, inilah untungnya bekerja di hospital.

Keesokan harinya, aku terpaksa meninggalkan ayah kerana menghadiri usrah. Pukul 10 pagi aku tiba di Masjid Besar, namun belum ramai yang tiba. Sambil menunggu yang lain, aku rancak mengatur kata menceritakan perihal ayahku yang diserang gout tanpa kuketahui pucuk pangkalnya. "Agaknya sebab dia makan durian kot?" Kak Ara menukil tekaan.

Ya, durianlah jawapannya. Ayah bukanlah seorang yang berlebih-lebihan, dari segi tutur katanya mahupun makan pakainya. Tetapi aku tidak pernah nampak ayah makan durian sebegini berselera. 2-3 hari sebelum ayah diserang gout, ayah memang ada menerima panggilan telefon dari sahabatnya agar pergi ke Parit Yaani dan membeli durian di sana.

Durian Bukit Alam katanya. Ulas duriannya cukup besar - sebesar penumbuk, isinya cukup tebal, kulitnya nipis, pangsanya dalam. Dalam sebiji, cuma boleh dapat dalam 2 hingga 3 ulas sahaja. Aku rasa durian jenis ini memang hidup berdasarkan konsep 'encourage some, discourage others'. Tampak dengan jelas pada pangsa yang tidak berisi, masih terdapat ulas-ulas kecil yang seolah-olah terbantut.

Kali kedua kami makan durian Bukit Alam, ayah hanya memerhati dari jauh. Kasihan ayah...

Sunday, May 4, 2008

Apa Yang Dah Jadi Kat Dapur?


MASAK MACAM NASI BIASA. AIR GANTIKAN DENGAN SANTAN. JANGAN LUPA LETAK BAWANG DAN HALIA.

Begitulah bunyinya mesej yang emak hantar padaku, apabila aku bertanya padanya cara membuat nasi lemak. Tidak sempat untuk aku call, Voipbuster buat hal. Setiap kali kami dihubungkan, aku cuma bercakap seorang diri kerana emak tidak mendengar dengan jelas butir percakapanku. Lantas, SMS jadi pengganti.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. "Gonna kick-off," fikirku setelah menunaikan solat Zuhur. Berdebar-debar juga ada, kerana tidak pernah menjemput muslimat seramai ini untuk datang potluck di rumah. Farah sudah diperdaya, her absence memudahkan kerjaku. Lantas aku mencapai apa yang perlu untuk membuat marble cheese cake yang telah aku praktis the day before. Resepi dari sister Syafwah dari Plymouth, moga-moga mencuit deria rasa muslimat yamg menikmatinya. Tapi kali ini, sedikit adjustment perlu dibuat pada ingredient akibat tidak cukup cream cheese, namun aku optimis pada hasilnya. Terasa kelakar pun ada, marble cheese cake yang baru dicubajaya sekali, terus aku ingat caranya, ingredient semua tanpa perlu refer pada buku catatan. Tapi, kek coklat emak, 10 kali aku membuatnya, bukan mudah hendak melekat di kepala.

Tanpa aku sedari, aku kini sedang ligat mengisar cili kering dan bawang. Nasi telah ku tanak. Seterusnya bau sambal tumis menerawang di segenap ruang dapur. Batuk terasa, pedih mata pun ada. Aku tersenyum melihat sambal yang kian mengering, petanda kerjaku hampir selesai. Next, masa untuk adjust rasa sambal. Setelah memasukkan sedikit garam, kucapai pula 'botol gula'. 2 sudu 'gula' sudah kutambah, tapi tak terasa pula manisnya. Lantas kutambah lagi 2 sudu, kemanisan tetap tak muncul, yang ada hanya kemasinan yang tak terperi. Lantas aku teringat cappucino drink masin yang kuminum pagi tadi. Ya Allah, masin! Baru aku teringat, semalam Bibah ada menukar bekas gula menjadi bekas garam. Kini 5 sudu besar 'gula' telah kububuh dalam sambal. Astaghfirullah, apa yang dah jadi kat dapur?

Otakku yang pada mulanya stabil, kini jadi activated akibat adrenaline rush. I've got to do something! Getus hatiku. Percubaan pertama: menambah hirisan kentang pada sambal kerana dipercayai kentang akan serap kemasinan yang ada. 5 minit berlalu, namun hirisan kentang itu tampaknya tidak mampu untuk menyerap kemasinan 5 sudu 'gula'. Percubaan kedua: Bibah cadangkan tambah air. Namun, sambal itu masih terasa seperti air laut. Percubaan ketiga: Menambah gula sebanyak mungkin sehingga rasa masin itu bertukar menjadi manis. Tapi, aku kasihan kepada orang yang makan nanti sebab walaupun rasa mungkin berubah, namun kandungan garam tetap tinggi, ditambah dengan kandungan gula yang ditambah. Lagipun, mana mungkin 5 sudu gula dapat memaniskan 5 sudu garam. Lalu, aku tahu aku perlu decide.

"Bibah, kita rasa kena buat sambal baru ni." Dari renungan matanya, aku tahu Bibah setuju. Sememangnya pepatah nasi sudah menjadi bubur sangat relate dengan situasiku ketika itu. Sambal sudah menjadi masin sangat2 - pepatah baru ciptaanku. Lantas aku buang sambal yang ada, dan terus menyediakan bahan-bahan untuk the 2nd sambal. Bibah awal-awal lagi sudah mengasingkan bekas 'gula' itu dari tempat kebiasaannya, bimbang kalau-kalau laju sahaja tanganku mencapai bekas itu. Maklumlah, apabila minda sudah difokus pada masakan, hal lain jadi jelingan sahaja.

Alhamdulillah, marble cheese cake menjadi. The 2nd sambal masih dalam tumisan. Aku menjenguk ke dalam rice cooker untuk melihat apa khabar nasi lemak. Alhamdulillah wa syukur lillah, nasi lemakku tidak banyak ragamnya. Cuma mungkin kerana masak dalam kuantiti yang banyak, ada bahagian yang masih antah. Kupergunakan sehabis baik teknik mengurus nasi yang antah yang pernah kuintai Kak Faizah ketika memasak nasi untuk program. Semangkuk kecil air aku letakkan di tengah2 rice cooker. Dan hasilnya tidak mengecewakan.

Memasak beramai-ramai memang menyeronokkan, terutamanya dengan housemates. Terasa ukhuwwah subur dalam sanubari. Adakah kali keduanya akan Allah kurniakan padaku peluang seperti ini lagi?

~The Beauty of Quran 1~


3 May 2008
1430
Kahfi

Dalam perkumpulan usrah pada kali ini, kami tadabbur ayat Surah Nuh, 71: 15-28. Sebuah surah yang sangat relate i would say dengan kehidupan sebagai seorang da'ie. Walaupun aku sudah ketinggalan 14 ayat ke belakang lantaran sakit kepala yang amat sangat lantas 'tuang' usrah, namun harapanku biar usrah kali ini berbekas dalam diri.

Kisah Nabi Nuh ini, seperti yang dikupas dalam perbincangan yang lepas, merupakan antara surah yang meriwayatkan kisah Nabi Nuh yang masyhur memandangkan baginda menyeru kaumnya mengutip debunga-debunga Islam dalam tempoh 950 tahun, suatu tempoh hayat yang sukar untuk dijangkau oleh umat Muhammad yang sudah akhir zaman ini. Namun kesudahannya, tidak ramai dari kaum baginda yang sudi menyedut madu kemanisan iman yang dihulur.

Hal ini tidak mematahkan semangat Nabi Nuh, malah baginda menjadi semakin gigih menyebarkan dakwah baginda. Malah Allah Taala masih lagi menurunkan rahmatNya kepada kaum Nabi Nuh ini sebagaimana dalam ayat 4:
"Nescaya Dia Mengampuni sebahagian dosa-dosamu dan memanjangkan umurmu sampai batas waktu yang ditentukan. Sungguh, ketetapan Allah itu apabila telah datang tidak dapat ditunda, seandainya kamu mengetahui."

Lihat ayat 15 dan 16:
"Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah telah menjadikan tujuh langit yang berlapis-lapis? Dan di sana Dia Menciptakan bulan yang bercahaya dan Menjadikan matahari sebagai pelita (yang cemerlang)?"
Sungguh indah ayat ini, agar kita sentiasa berfikir akan kebesaran dan keagunganNya. Bukan sekadar penciptaan langit, malah penciptaan manusia itu sendiri sudah tertunjuk bukti kekuasaan Allah Yang Maha Agung. Kadangkala manusia lebih terpesona dengan kaktus yang berbentuk nama Allah dan gumpalan awan di langit yang melakar nama Muhammad, tetapi lupa untuk mengamati kejadian diri sendiri yang sudah cukup sempurna. Moga allocation yang Allah telah Takdirkan ke atasku dalam bidang medicine akan lebih daripada membuka mataku seluas-luasnya. Malah, mendalami seorang mad'u dengan menjelaskan perkaitan antara alam dengan Islam, mudah-mudahan dapat memekarkan rasa 'izzah terhadap agama ini.

Dalam ayat 17 dan 18:
"Dan Allah Menumbuhkan kamu dari tanah, tumbuh (beransur-ansur). Kemudian Dia akan Mengembalikanmu kedalamnya (tanah) dan Mengeluarkan kamu (pada hari kiamat) dengan pasti."
Bandingkan dengan surah Al-A'raf, 7:58
"Dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh subur dengan izin Tuhan; dan tanah yang buruk, tanam-tanamannya yang tumbuh merana. Demikianlah Kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda (kebesaran Kami) bagi orang-orang yang bersyukur."
Sesungguhnya kejadian penciptaan manusia ini tidak berbeza dengan kitar hidup tumbuh-tumbuhan, yang membenih dari tanah dan mereput kembali ke dalamnya. Malah, apa yang lebih cantik lagi, manusia dan tumbuhan saling memerlukan antara satu dengan yang lain - manusia mahukan oksigen, tumbuhan mahukan karbon dioksida. Tetapi bagi manusia, awas, kerana hisab itu adalah suatu KEPASTIAN.

Allah Berfirman dalam ayat 19 dan 20:
"Dan Allah Menjadikan bumi bagimu sebagai hamparan. Agar kamu dapat pergi kesana kemari di jalan-jalan yang luas."
Ada unsur sarcasm di situ. Betapa Allah Menyindir kamu Nabi Nuh yang degil ini, betapa mereka lari dari mendengar seruan Nabi Nuh, menutup lubang telinga dengan jari dan menutup muka mereka dengan baju, namun mereka sekali-kali tidak akan dapat lari, kerana mereka akan terus masih berpijak di bumi kepunyaan Allah ini.

Dalam ayat 21, 22 dan 23, terdapat 2 golongan yang merupakan cabaran besar buat Nabi Nuh iaitu:
1) Thagut yang membuat tipu helah tentang dunia, mengajak kaum Nabi Nuh agar merasa senang tidak meninggalkan amalan penyembahan berhala (bagi mereka, harta dan anak-anak hanya menambah kerugian pada mereka)
2) Kaum baginda yang degil dan hanya mengikut telunjuk thagut
Namun perlu diingat, berhala zaman kini bukan semata-mata batuan Wad, Suwaq, Yaguth, Ya'uq dan Nasr seperti yang disembah kaum Nabi Nuh. Malah hawa nafsu juga boleh menjadi berhala yang mendiami hati dan menutup fitrah seseorang yang menyebabkannya terjerumus ke dalam lembah kekufuran.

Jika diteliti, surah ini juga memaparkan doa Nabi Nuh kepada Allah SWT yang bermula dengan keluh-kesah yang bertingkat menjadi perasaan geram terhadap kedegilan kaumnya. Sehingga baginda berdoa agar kaumnya ditambahkan lagi kesesatan serta dihapuskan kerana sekiranya dibiarkan mereka itu tetap terus bermaharajalela di muka bumi, nescaya banyak kerosakan yang akan melarat. Tiada delay antara masa penenggelaman ketika bah dengan saatnya mereka dicampakkan ke dalam api neraka kerana sesungguhnya tiada hisab bagi orang-orang kafir. Dan apa yang pasti, penurunan bala Allah ini merupakan suatu bentuk tapisan antara orang beriman dengan orang yang ingkar.

~Quran is beautiful, beautify your soul with it~

Friday, May 2, 2008

Kisah 3 Muslimah, Kaki Botol dan Wakil Kerajaan Ireland di Malaysia


"Aten, Azi, tunggu kita! Kita nak balik sekali!" Bergema laungan suaraku memecah kebingitan St Stephen's Green Shopping Mall yang sememangnya tidak pernah suram itu. Setelah membisikkan kalimah pesanan terakhir kepada sahabatku, Nazirah, aku bergegas meninggalkannya dan bersegera menuju ke arah Fatin dan Azyan ke muka pintu pusat membeli belah. Bagaikan menyeru2 kami agar segera pulang. Maklumlah, sudah hampir pukul 7 malam.

Setibanya kami di perhentian bas, bas masih belum kunjung tiba. Maka, kami berbual memecah kebosanan ruang. Sambil itu, jariku ligat menekan punat handset untuk menhantar mesej kepada Nazirah. Dengan tidak semena-mena, seorang lelaki tempatan yang tampak tidak terurus menyapa kami. Nah, terserlah bau arak yang pekat apabila dia semakin menghampiri. "Ladies, would you spare me some change, please?" Pintanya penuh pengharapan. Mahu bikin tambang teksi katanya. Tapi, masakan tidak boleh naik bas, bukan? Di dalam ruang legar mindaku, lelaki ini tidak ada bezanya dengan peminta sedekah di tepian jalan. Namun, tanpa ku duga, Fatin telah pun mengeluarkan sejumlah duit syiling dari poketnya. Dan secara automatik, aku turut mengeluarkan wang syilingku dari poket, mahu menyumbang juga fikirku. Lelaki itu kelihatan sangat berterima kasih lantas memeluk kami bertiga. Kami hanya mampu menolak huluran tangannya tanda defensive dengan budaya asing itu.

Sejurus selepas lelaki tersebut beredar, kami mula merancakkan komen-komen panas. Rasa tidak puas hati pun ada, bimbang turut menerpa kalau-kalau wang tersebut gunanya ke arah merosakkan akal yang sejahtera (if you know what I mean).

Fatin: Serius, Aten ingat dia nak duit pecah!
Raihanah: Kita pun blur kejap tadi.
Azi: .....

Dengan tidak semena-mena...

Mr. X: Girls, I guess you are missing Malaysia right now?

Serentak kami berpaling melihat siapakah yang bersuara. Seorang lelaki 40-an, tinggi, berpakaian sederhana, berperwatakan seorang bapa, tapi cukup membuat kami tertarik dengan lafaz perkenalannya. Dari pertemuan singkat di perhentian bas, hingga membawa ke dalam bas, kami seronok berbual dengannya. Itulah Terry Mc Parland yang mesra orangnya, sebagaimana yang tertera dalam kad namanya. Seorang pengurus di International Education Services, Enterprise Ireland yang bertanggungjawab terhadap kemasukan international students ke universiti-universiti di Ireland. Pernah bermastautin di Malaysia selama lima setengah tahun, specifically di Ampang. Berpendapat bahawa Malaysia adalah negara yang menarik tetapi penuh rahsia lagi tersembunyi. Gemarkan makanan Malaysia yang pelbagai dan pandai mengucapkan 'Selamat Pagi'.

Menarik dan tertarik bukan? Apabila ada orang Irish yang seolah-olah berkongsi perasaan dengan kita tentang betapa suburnya Malaysia di hati.

Namun, fikiranku melayang jauh. Terasa seolah-olah niqmat dan ni'mat datang pada masa yang sama., silih berganti. Niqmat akibat wang dihulur kepada seseorang yang tak pasti. Ni'mat berkat perbualan singkat dengan Terry. Rasa bersalah menerpa dalam diri. Tidak sepatutnya aku kesali huluran wang 2 euro kepada kaki botol tadi. Masakan aku tahu ke mana dia membelanjakan wang itu. Totally di luar kawalanku. Semoga huluran yang tak seberapa itu memberi manfaat kepadanya (husnuzzon!). Sambil tersenyum setelah memusatkan pemikiran yang tenang dalam diri, aku melihat mesej di skrin handset yang masih belum ku hantar kepada Nazirah.

SESUNGGUHNYA TIDAK MUNGKIN PERKARA YANG MUNGKIN ITU LEBIH BAIK DARIPADA PERKARA YANG TELAH TERJADI =)

Monday, April 14, 2008

PALESTINE!!! Here I Come!!!


Assalamualaikum w.b.t.
Masih terngiang-ngiang dalam kotak memori ini, ketika Kak Firdausi menceritakan betapa bermaknanya pengalaman menyertai demonstrasi jalanan di Ireland, lebih-lebih lagi memandangkan realiti demonstrasi jalanan di Malaysia tidak sunyi dari semburan gas pemedih mata, suasana huru-hara, hamburan sang polis yang patuh kepada tugasnya untuk meleraikan perhimpunan orang ramai. Ana sendiri tidak pernah menyaksikan apatah lagi menyertai demonstrasi jalanan di Malaysia. Mungkin selepas ini boleh berkongsi pengalaman bersama Sarah, rakan sekelas ana yang sememangnya terdedah dengan acara seumpama ini sejak kecil lagi.

Tanggal 12 April 2008, di saat ana masih lagi berpijak di bumi Ireland, ana beroleh peluang ini, alhamdulillah. Ingin juga ana intai sejauh mana kebenaran komen Kak Firdausi. Ingin juga ana intai neraca penilaian Kak Firdausi, seorang yang berperwatakan menarik pada pandangan ana. Dua hari sebelum itu lagi, Kak Firdausi sudah mengajak untuk turut serta dalam demonstrasi itu sebaik sahaja kami selesai ber'keluarga' di Rumah Sweet 17.

Ternyata, undangan Kak Firdausi membuahkan rasa puas hati di kalangan kami semua. Bayangkan, suasana demonstrasi di Ireland cukup berbeza dengan demonstrasi yang acap kali diadakan di Malaysia. Ana dan beberapa orang dari kami hanya berpuas hati dengan membawa papan tanda yang tertulis 'END THE SIEGE'. Ana tersenyum melihat telatah Kak Firdausi yang kelihatan agak kesal kerana tertinggal bendera Palestin di Rumah Sweet 17, padahal awal-awal lagi dia sudah bercadang untuk mengikat bendera itu di belakang ala-ala Superman. Semakin lebar senyumanku apabila melihat dia tidak putus asa untuk mendapatkan bendera Palestin yang paling besar daripada sukarelawan bertugas.

Ucapan yang berapi-api daripada seorang ahli 'socialist' itu membuka tirai demonstrasi tengah hari itu. Hujan yang turun renyai-renyai pun tidak dapat memadamkan bara semangat kemanusiaan dari wajah-wajah yang hadir. Kadang kala, rasa malu dalam diri ana sendiri timbul apabila memikirkan betapa prihatin umat bangsa kafir yang memperjuangkan hak Islam Palestin atas nama kemanusiaan. Sedangkan ana sendiri belum cukup arif untuk membincangkan banyak hal berkenaan isu negara yang tertindas dan terus tertindas itu. Moga kepergian ana ini, memekarkan kesedaran yang mendalam tentang nasib saudara-saudara seagama.

Perarakan kami mengelilingi Kota Dublin bukan sebarang perarakan. Perarakan kami ibarat Menteri Besar atau Perdana Menteri yang duduk di dalam kereta mewah, di mana kami diiringi oleh polis-polis atau lebih dikenali sebagai 'Gardai' yang setia memberhentikan segenap penjuru kenderaan yang selama ini menguasai jalan-jalan besar agar 'kenderaan' perarakan kami yang jauh lebih besar dan penuh dengan makna perjuangan ini terus dapat melakar kesedaran dalam diri insan-insan yang lalu-lalang di tepian.

Tanpa disangka-sangka, suatu perasaan yang tidak dapat ana kenalpasti menerjah ke dalam sanubari ini. Dengan sekuat-kuat hati, ana melaungkan slogan-slogan kemanusiaan yang sememangnya didahului oleh sukarelawan bertugas.

FREE, FREE PALESTINE!!!

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE SHOULD BE FREE!!!

HEY E.U, WHERE ARE YOU!!!

Ana bukanlah seseorang yang terlalu gemarkan perhatian, cuma ana perasan kumpulan kami sememangnya menjadi perhatian majoriti jurugambar-jurugambar yang leka memetik punat kamera masing-masing. Di saat itu juga, ana mengerti bagaimana perasaan Puteri Diana bersama Dodi Al-Fayed ketika mereka berhadapan dengan kerlipan lampu kamera paparazi yang penuh dengan tipu muslihat. Namun, tidaklah seteruk itu bagi kami. Mungkin sahaja kerana kami sahaja pemastautin dari Asia yang menyertai perarakan tersebut. Tambahan pula kami kelihatan cukup bersemangat, sehingga ana dapat melihat kepuasan senyuman yang terukir di wajah seorang jurugambar bebas yang melihat kami sambil mengambil gambar kami dari pelbagai sudut. Wah, lumayan juga jadi jurugambar ini!

Setelah keletihan berdemonstrasi hilang dek hidangan 'mixed tikka' yang lazat di Restoran Madina, ana kembali menyambung perjalanan ke University College Dublin untuk mencari suatu jawapan yang tidak pasti.

Friday, March 14, 2008

silence...

senyap...
hadirmu tak pernah aku undang...
tapi kau ni 'prominent' bukan kepalang...
kau bawak 'confusion' bukan pada seorang...
perlukah senyap kalau tak kena pada tempatnya?

bising...
kalau bising sangat, bingit pula jadinya...
maaflah kalau sampai terpaksa menarik muka...
hakikatnya biarlah seimbang kedua2nya...
senyap dan bising...

p/s: Sajak ringkas ini dibawakan khas dari seorang insan yang rindukan kedamaian dan ketenangan jiwa dalam hidup. Peace to all!

Upcoming events...