Friday, September 4, 2009

Money is the root to all evil?


Bismillah.

Komputer ribaku dibuka. Terpampang imej peta dunia pada desktop yang telah aku customizekan beberapa hari yang sudah. Ah, sungguh indah kenangan itu, walaupun memberi ISK dalam masa 4 jam sahaja??? Masih basah dalam ingatanku wajah-wajah innocent yang…..(cut! I’m supposed to write about money, not ISK!)

Money. Duit. Wang. Ringgit Malaysia. Great Britain Pound. Euro. Just name it. Semuanya ada nilai masing-masing (menulis tentang duit bukan bermakna saya adalah seorang pelajar Business, neither am I a medical student who gets obsessed of how to get rich quicker in the near future). Jatuh naiknya matawang dunia tak lain tak bukan kerana menerima tempias naik jatuhnya matawang Dollar Amerika. Oleh itu, saranan supaya kita put into consideration akan penggunaan matawang dinar emas bukanlah idealistik, tapi membolehkan anda menyelamatkan nilai dalam setiap sen anda sambil berpijak di bumi yang nyata.

Ya, duit itu penting. No money no talk, no pain no gain. Kerana dengan wang, kita mampu menjalankan setiap satu urusniaga dalam kehidupan, tidak terbatas kepada memenuhi keperluan asasi sahaja menurut Maslow dalam hierarkinya, tapi apa yang lebih penting dalam amal dakwah kita sendiri. Pernah dengar istilah financial freedom? Suatu keadaan di mana anda tidak perlu lagi risau akan pengaliran keluar masuk wang anda, (bukan membazir sama sekali) tetapi anda berasa bahagia kerana pergantungan wang anda tidak lagi kepada yang lain melainkan Allah SWT.

Suka saya di sini untuk bercerita. Cerita tentang urusniaga yang tak masuk akal. Dalam ini dunia, pernahkah kita bertemu dengan seorang Saudagar ini. Beliau menemui anda dengan himpunan laptop jenama Apple yang tak terkira banyaknya. Beliau tidak langsung menyuruh anda melaburkan wang simpanan anda yang berkepuk-kepuk dalam bank konvensional kepadanya ibarat skim cepat kaya. Apatah lagi merayu anda dengan tebu ditanam di tepi bibir. Beliau hanya menawarkan kepada anda kesemuanya laptop miliknya, dengan syarat anda menggunakan kepakaran seperti skil PR yang anda miliki untuk menjual laptopnya, ibarat direct selling. Dan yang lebih tidak masuk akal, Beliau menjanjikan pulangan keuntungan yang anda miliki semuanya akan menjadi milik anda tanpa perlu dipulangkan kepadanya walau 1 sen pun. Does that ring a bell to you?

111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (Surah at-Taubah)

Itulah urusniaga dengan Allah yang tidak terperi habuannya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Dan apabila dibumikan urusniaga dengan Allah, tidak dapat tidak kita akan terlibat dengan urusniaga sesama manusia.

Beruntunglah sesiapa yang menerima tawaran hebat saudagar tersebut. Lebih beruntung lagi jika dia mampu memberi lebih, menjana kewangan peribadinya untuk dilaburkan dalam urusniaga pilihan sang Saudagar. Di sinilah kita perlu mula berfikir akan sumber pendapatan tambahan.

Jadi, mahu menjana kewangan peribadi yang lebih untuk Pak Saudagar? Tapi ada syarat-syaratnya. Kerja yang hendak dilakukan mestilah boleh dilakukan dalam part-time basis, tidak time-consuming, tidak memerlukan terlalu banyak pengurusan , tidak memerlukan wang yang banyak, tetapi akan menjana laba yang cukup memberangsangkan. Bukankah dakwah merupakan core business kita? Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Jadi, hati-hati ya?

Bukankah sebelum kaki kita dijejak ke menara gading, kita adalah Raja Akademik? Bukan sahaja kesayangan guru-guru, bahkan harapan sekolah untuk dilonjakkan menjadi sekolah cemerlang. Ya, saki-baki pelajaran di sekolah menengah mungkin hanya tinggal sisa, tetapi mengapa tidak untuk digilap sedikit sahaja lagi untuk anda buka kelas tuisyen mengajar adik-adik yang ingin mengikut jejak langkah anda? Pasti ramai kanak-kanak dan remaja di sekitar kawasan kejiranan anda yang mahukan servis ini. Plus point, inilah amal jariah yang tidak akan terputus dari anda selain doa anak yang soleh dan sedekah sekiranya ilmu itu direalisasikan menjadi amal.

Ramai penulis berbakat di luar sana, bukan? Penulis fitrah yang melempiaskan idea mereka melalui penulisan blog jalanan selain penulis formal. Penulisan yang membina fikrah, membawa insan kepadaNya dan membuahkan amal. Ramai juga orang yang gemar membaca, jika tidak masakan novel-novel boleh menjadi best-seller? Apabila penulisan anda diterbitkan, anda hanya perlu memastikannya lebih tersusun, mempunyai mesej yang mendidik dan anda akan menerima royaltinya! Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa menulis adalah aktiviti part-time yang sempurna. Ia mungkin tidak menjanjikan pulangan berganda dalam satu malam, tetapi memandangkan ramai di antara kita yang gemar menulis, why not get paid for it?

Saya yakin kita bukanlah pelajar-pelajar yang hanya tahu belajar, menghadap buku 24/7, dan hanya boleh bercakap tentang apa yang sedang kita pelajari. Pelajar Kejuruteraan hanya pandai cakap tentang bolt dan nat, pelajar perubatan hanya pandai cakap tentang H1N1. Saya yakin di antara kita ada yang pandai berenang, menjahit, memasak mahu pun mengendalikan sesi aerobik (seperti yang saya pelajari di Summer Camp Ireland 2009). Kemahiran seperti ini mendapat permintaan yang memberangsangkan contohnya di kalangan suri rumah tangga yang mungkin mempunyai banyak masa lapang lebih-lebih lagi selepas tengah hari. Sambil-sambil berenang, pasti boleh kita berborak-borak tentang Islam. But make sure you know your stuff!


Kalau anda duduk dekat dengan kolej, kerja ini pasti lebih mudah. Di kolej memang tak menang tangan untuk melakukan kerja-kerja mengedit, menaip mahupun proofreading. Kerja-kerja menterjemah pun mungkin ada. Suatu kelebihan untuk mereka yang multilingual. Saya sendiri pernah melihat seorang rakan sibuk menterjemah hasil tulisan bapanya yang merupakan seorang professor dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Apalah guna sijil MUET mahupun IELTS yang tersimpan sejak beberapa tahun lepas dalam fail akademik kita? Menaip pun tidak sepatutnya menjadi masalah, bukankah kita sudah terbiasa menaip laju ketika chatting dengan kawan-kawan di Yahoo Messenger?

Sesungguhnya peluang untuk menambah pendapatan itu terbuka di mana-mana, bergantung kepada kita untuk mencarinya. Kalau suara anda sedap, boleh juga menyanyi (tapi suara kita aurat, kan?) Kalau anda tidak buta IT seperti saya, boleh juga mengintai peluang yang disediakan di Internet.

Ya, saya sendiri belum pernah memiliki pengalaman bekerja. Hanya my dutiful job yang perlu dilaksanakan di rumah ketika cuti sekolah. Itu pun tidak berbayar. Mendambakan pendapatan tambahan mungkin menjadi mimpi ngeri bagi mereka yang tidak mampu untuk memberi komitmen kepadanya. Disiplin perlu ada. Seperti John Grisham, seorang peguam yang perlu bangun seawal pukul 5 pagi untuk menghasilkan novelnya. Saya percaya dunia pekerjaan yang sebenarnya lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi itulah hidup. It’s not the matter of what we are dealing with, but how we deal with it.

By the way, is money the root of all evils? My answer, it depends.

End of story.

p/s: Credit to Mr Azizi Ali, writing the splendid The Millionaire In Me. Jangan lupa core business kita!

Upcoming events...