Sunday, August 31, 2008

Make Du'a...


Aku terkadang memikirkan my state of mind apabila dilanda kealpaan. Kealpaan yang meruntun jiwaku untuk meluahkan perasaan dan berkongsi kekhilafan bersama seorang insan bergelar teman rapat. Kealpaankah itu? Bukankah suci apabila meluangkan masa bersama teman sejati? Tapi realitinya tidak ku dapati sesuci itu.

Pernah aku tangisi ketiadaan teman sejati di sisi. Kononnya tiada tempat untuk aku mengadu. Namun, di sebalik itu, hati kecilku tidak dapat menafikan - aku tidak pernah rasa puas mengadu nasib pada manusia. Bukan mahu memperkecilkan usaha seorang sahabat. A true friend is always a good listener. Tapi, kadangkala, hanya itulah yang termampu untuk dilakukan oleh seorang teman - mendengar, memberi sokongan, mencadangkan penyelesaian tetapi mungkin tidak mampu untuk menghulurkan tangan yang menyelesaikan. Khilaf manusia serba kekurangan. Lagi pula, setelah mulutku mengadu menyusun bicara, rasa kesal menerpa diri, bimbang pula kalau umpat keji ada tersisa. Astaghfirullah...

Tapi lihatlah pada keupayaan Pencipta. Aku sentiasa rasa tenang setelah mengadu padaNya. Kerana konsep berserah seorang hamba itu hanya milik Allah yang abadi. Bukan mudah untuk kita rasa berserah kepada seorang manusia. Allah sememangnya cukup Suka dengan hambanya yang merintih nasib, mengadu untung rugi hidup terhadapNya. Dan sesungguhnya Allah ar-Rahman ar-Rahim tidak lupa untuk membekalkan kita panduan bagaimana untuk berdoa kepadaNya.

Surah Al-A'raf, 7: 23
Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami, nescaya pastilah kami termasuk orang2 yang rugi."

Surah Al-A'raf, 7:47
Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata, "Y a Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama2 orang2 yang zalim itu."

Surah Thaaha, 20: 25-28
Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku."

Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMu, bantulah aku untuk memberikan ibadah yang terbaik buatMu, dan bantulah aku untuk sentiasa bersyukur kepadaMu...

Saturday, August 30, 2008

Anak Kita Harapan Kita


Malam ini, tangan terasa gatal hendak mengetuk keypad. Padahal idea di minda tidak pula menjurus ke arah mana-mana isu. Sambil sekali-sekala menoleh pada adikku Najihah yang sudah hanyut dibuai mimpi, aku teringat kunjungan SMS yang diterima daripada rakannya siang tadi, tapi tegar berbaur ancaman.

Apalah yang ada pada pertelingkahan seorang pelajar Tingkatan 1 MRSM Muar ini? Hati kecilku tergelak kecil apabila membaca SMS tersebut. Panjang berjela melempias amarah yang terbuku di hati. Intipatinya hanya hal kecil yang dibesar-besarkan menurut kaca mataku. Walaupun rentetan SMS itu diakhiri dengan satu pesanan memohon kemaafan atas salah faham yang berlaku, aku tidak dapat menafikan ketidakmatangan insan yang baru menginjak usia remaja.

Adikku tidak cepat melatah dengan SMS tersebut. Cuma kelihatan dia terburu-buru membacanya. Lama juga dia memerap diri di tingkat atas rumah sementara kami semua di bawah, mungkin cuba menjernihkan air yang keruh. Yang pasti, air matanya yang tersisa mengundang agakan di benakku.

Itulah bezanya apabila manusia meningkat usia. Kita akan punya lebih kawalan terhadap emosi dan situasi. Tapi aku harus lebih peka dan memahami. Tidak wajar aku melayan luahan hatinya dengan teropong seorang dewasa. Jika itu yang berlaku, maka aku akan memperkecilkan usahanya menilai situasi dan membentuk jati diri. Bukan ibu bapa sahaja yang besar peranannya. Moga dia lebih cepat matang dalam mengharung kehidupan akan datang.

Teringat aku ketika menghadiri majlis bacaan Yasin di rumah Cik Nor di Labis. Memandu sejauh itu memang meletihkan untuk aku, tapi keletah 5 orang kanak-kanak sekolah rendah sedikit sebanyak menghilangkan lelahku. Ketika tetamu sedang menjamu selera, aku duduk bersimpuh di dulang sambil bermuayashah dengan mereka. Faham-faham sahajalah apabila berborak dengan anak kecil, ada sahaja jawabnya atau loyar buruknya. Setelah selesai makan, salah seorang daripada mereka, Aiman namanya, menghampiriku. "Kita sukalah kat akak," ujarnya selamba. Nasib baik budak darjah 1, aku hanya mampu tersenyum, membalas selambanya.

Kanak-kanak memang begitu. Jujur hatinya bertingkah dengan nakal lagaknya. Alangkah eloknya jika kejujuran itu kekal sehingga ke akhir hayat. Namun, dunia orang dewasa jarang yang sesuci itu. Kita sudah tahu erti berhelah, cover line dan sebagainya. Biasalah, nak hidup kena pandai - cliche sungguh pernyataan ini.

Moga hari-hariku disulami kejujuran dan niat yang murni, walaupun mungkin didatangi situasi yang mencabar sanubari.

p/s: Credit to Ahmad Faris Iskandar, my newborn cousin for drawing a smile on my face. Cepat besar ye?

Upcoming events...