Sunday, May 4, 2008

Apa Yang Dah Jadi Kat Dapur?


MASAK MACAM NASI BIASA. AIR GANTIKAN DENGAN SANTAN. JANGAN LUPA LETAK BAWANG DAN HALIA.

Begitulah bunyinya mesej yang emak hantar padaku, apabila aku bertanya padanya cara membuat nasi lemak. Tidak sempat untuk aku call, Voipbuster buat hal. Setiap kali kami dihubungkan, aku cuma bercakap seorang diri kerana emak tidak mendengar dengan jelas butir percakapanku. Lantas, SMS jadi pengganti.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. "Gonna kick-off," fikirku setelah menunaikan solat Zuhur. Berdebar-debar juga ada, kerana tidak pernah menjemput muslimat seramai ini untuk datang potluck di rumah. Farah sudah diperdaya, her absence memudahkan kerjaku. Lantas aku mencapai apa yang perlu untuk membuat marble cheese cake yang telah aku praktis the day before. Resepi dari sister Syafwah dari Plymouth, moga-moga mencuit deria rasa muslimat yamg menikmatinya. Tapi kali ini, sedikit adjustment perlu dibuat pada ingredient akibat tidak cukup cream cheese, namun aku optimis pada hasilnya. Terasa kelakar pun ada, marble cheese cake yang baru dicubajaya sekali, terus aku ingat caranya, ingredient semua tanpa perlu refer pada buku catatan. Tapi, kek coklat emak, 10 kali aku membuatnya, bukan mudah hendak melekat di kepala.

Tanpa aku sedari, aku kini sedang ligat mengisar cili kering dan bawang. Nasi telah ku tanak. Seterusnya bau sambal tumis menerawang di segenap ruang dapur. Batuk terasa, pedih mata pun ada. Aku tersenyum melihat sambal yang kian mengering, petanda kerjaku hampir selesai. Next, masa untuk adjust rasa sambal. Setelah memasukkan sedikit garam, kucapai pula 'botol gula'. 2 sudu 'gula' sudah kutambah, tapi tak terasa pula manisnya. Lantas kutambah lagi 2 sudu, kemanisan tetap tak muncul, yang ada hanya kemasinan yang tak terperi. Lantas aku teringat cappucino drink masin yang kuminum pagi tadi. Ya Allah, masin! Baru aku teringat, semalam Bibah ada menukar bekas gula menjadi bekas garam. Kini 5 sudu besar 'gula' telah kububuh dalam sambal. Astaghfirullah, apa yang dah jadi kat dapur?

Otakku yang pada mulanya stabil, kini jadi activated akibat adrenaline rush. I've got to do something! Getus hatiku. Percubaan pertama: menambah hirisan kentang pada sambal kerana dipercayai kentang akan serap kemasinan yang ada. 5 minit berlalu, namun hirisan kentang itu tampaknya tidak mampu untuk menyerap kemasinan 5 sudu 'gula'. Percubaan kedua: Bibah cadangkan tambah air. Namun, sambal itu masih terasa seperti air laut. Percubaan ketiga: Menambah gula sebanyak mungkin sehingga rasa masin itu bertukar menjadi manis. Tapi, aku kasihan kepada orang yang makan nanti sebab walaupun rasa mungkin berubah, namun kandungan garam tetap tinggi, ditambah dengan kandungan gula yang ditambah. Lagipun, mana mungkin 5 sudu gula dapat memaniskan 5 sudu garam. Lalu, aku tahu aku perlu decide.

"Bibah, kita rasa kena buat sambal baru ni." Dari renungan matanya, aku tahu Bibah setuju. Sememangnya pepatah nasi sudah menjadi bubur sangat relate dengan situasiku ketika itu. Sambal sudah menjadi masin sangat2 - pepatah baru ciptaanku. Lantas aku buang sambal yang ada, dan terus menyediakan bahan-bahan untuk the 2nd sambal. Bibah awal-awal lagi sudah mengasingkan bekas 'gula' itu dari tempat kebiasaannya, bimbang kalau-kalau laju sahaja tanganku mencapai bekas itu. Maklumlah, apabila minda sudah difokus pada masakan, hal lain jadi jelingan sahaja.

Alhamdulillah, marble cheese cake menjadi. The 2nd sambal masih dalam tumisan. Aku menjenguk ke dalam rice cooker untuk melihat apa khabar nasi lemak. Alhamdulillah wa syukur lillah, nasi lemakku tidak banyak ragamnya. Cuma mungkin kerana masak dalam kuantiti yang banyak, ada bahagian yang masih antah. Kupergunakan sehabis baik teknik mengurus nasi yang antah yang pernah kuintai Kak Faizah ketika memasak nasi untuk program. Semangkuk kecil air aku letakkan di tengah2 rice cooker. Dan hasilnya tidak mengecewakan.

Memasak beramai-ramai memang menyeronokkan, terutamanya dengan housemates. Terasa ukhuwwah subur dalam sanubari. Adakah kali keduanya akan Allah kurniakan padaku peluang seperti ini lagi?

~The Beauty of Quran 1~


3 May 2008
1430
Kahfi

Dalam perkumpulan usrah pada kali ini, kami tadabbur ayat Surah Nuh, 71: 15-28. Sebuah surah yang sangat relate i would say dengan kehidupan sebagai seorang da'ie. Walaupun aku sudah ketinggalan 14 ayat ke belakang lantaran sakit kepala yang amat sangat lantas 'tuang' usrah, namun harapanku biar usrah kali ini berbekas dalam diri.

Kisah Nabi Nuh ini, seperti yang dikupas dalam perbincangan yang lepas, merupakan antara surah yang meriwayatkan kisah Nabi Nuh yang masyhur memandangkan baginda menyeru kaumnya mengutip debunga-debunga Islam dalam tempoh 950 tahun, suatu tempoh hayat yang sukar untuk dijangkau oleh umat Muhammad yang sudah akhir zaman ini. Namun kesudahannya, tidak ramai dari kaum baginda yang sudi menyedut madu kemanisan iman yang dihulur.

Hal ini tidak mematahkan semangat Nabi Nuh, malah baginda menjadi semakin gigih menyebarkan dakwah baginda. Malah Allah Taala masih lagi menurunkan rahmatNya kepada kaum Nabi Nuh ini sebagaimana dalam ayat 4:
"Nescaya Dia Mengampuni sebahagian dosa-dosamu dan memanjangkan umurmu sampai batas waktu yang ditentukan. Sungguh, ketetapan Allah itu apabila telah datang tidak dapat ditunda, seandainya kamu mengetahui."

Lihat ayat 15 dan 16:
"Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah telah menjadikan tujuh langit yang berlapis-lapis? Dan di sana Dia Menciptakan bulan yang bercahaya dan Menjadikan matahari sebagai pelita (yang cemerlang)?"
Sungguh indah ayat ini, agar kita sentiasa berfikir akan kebesaran dan keagunganNya. Bukan sekadar penciptaan langit, malah penciptaan manusia itu sendiri sudah tertunjuk bukti kekuasaan Allah Yang Maha Agung. Kadangkala manusia lebih terpesona dengan kaktus yang berbentuk nama Allah dan gumpalan awan di langit yang melakar nama Muhammad, tetapi lupa untuk mengamati kejadian diri sendiri yang sudah cukup sempurna. Moga allocation yang Allah telah Takdirkan ke atasku dalam bidang medicine akan lebih daripada membuka mataku seluas-luasnya. Malah, mendalami seorang mad'u dengan menjelaskan perkaitan antara alam dengan Islam, mudah-mudahan dapat memekarkan rasa 'izzah terhadap agama ini.

Dalam ayat 17 dan 18:
"Dan Allah Menumbuhkan kamu dari tanah, tumbuh (beransur-ansur). Kemudian Dia akan Mengembalikanmu kedalamnya (tanah) dan Mengeluarkan kamu (pada hari kiamat) dengan pasti."
Bandingkan dengan surah Al-A'raf, 7:58
"Dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh subur dengan izin Tuhan; dan tanah yang buruk, tanam-tanamannya yang tumbuh merana. Demikianlah Kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda (kebesaran Kami) bagi orang-orang yang bersyukur."
Sesungguhnya kejadian penciptaan manusia ini tidak berbeza dengan kitar hidup tumbuh-tumbuhan, yang membenih dari tanah dan mereput kembali ke dalamnya. Malah, apa yang lebih cantik lagi, manusia dan tumbuhan saling memerlukan antara satu dengan yang lain - manusia mahukan oksigen, tumbuhan mahukan karbon dioksida. Tetapi bagi manusia, awas, kerana hisab itu adalah suatu KEPASTIAN.

Allah Berfirman dalam ayat 19 dan 20:
"Dan Allah Menjadikan bumi bagimu sebagai hamparan. Agar kamu dapat pergi kesana kemari di jalan-jalan yang luas."
Ada unsur sarcasm di situ. Betapa Allah Menyindir kamu Nabi Nuh yang degil ini, betapa mereka lari dari mendengar seruan Nabi Nuh, menutup lubang telinga dengan jari dan menutup muka mereka dengan baju, namun mereka sekali-kali tidak akan dapat lari, kerana mereka akan terus masih berpijak di bumi kepunyaan Allah ini.

Dalam ayat 21, 22 dan 23, terdapat 2 golongan yang merupakan cabaran besar buat Nabi Nuh iaitu:
1) Thagut yang membuat tipu helah tentang dunia, mengajak kaum Nabi Nuh agar merasa senang tidak meninggalkan amalan penyembahan berhala (bagi mereka, harta dan anak-anak hanya menambah kerugian pada mereka)
2) Kaum baginda yang degil dan hanya mengikut telunjuk thagut
Namun perlu diingat, berhala zaman kini bukan semata-mata batuan Wad, Suwaq, Yaguth, Ya'uq dan Nasr seperti yang disembah kaum Nabi Nuh. Malah hawa nafsu juga boleh menjadi berhala yang mendiami hati dan menutup fitrah seseorang yang menyebabkannya terjerumus ke dalam lembah kekufuran.

Jika diteliti, surah ini juga memaparkan doa Nabi Nuh kepada Allah SWT yang bermula dengan keluh-kesah yang bertingkat menjadi perasaan geram terhadap kedegilan kaumnya. Sehingga baginda berdoa agar kaumnya ditambahkan lagi kesesatan serta dihapuskan kerana sekiranya dibiarkan mereka itu tetap terus bermaharajalela di muka bumi, nescaya banyak kerosakan yang akan melarat. Tiada delay antara masa penenggelaman ketika bah dengan saatnya mereka dicampakkan ke dalam api neraka kerana sesungguhnya tiada hisab bagi orang-orang kafir. Dan apa yang pasti, penurunan bala Allah ini merupakan suatu bentuk tapisan antara orang beriman dengan orang yang ingkar.

~Quran is beautiful, beautify your soul with it~

Friday, May 2, 2008

Kisah 3 Muslimah, Kaki Botol dan Wakil Kerajaan Ireland di Malaysia


"Aten, Azi, tunggu kita! Kita nak balik sekali!" Bergema laungan suaraku memecah kebingitan St Stephen's Green Shopping Mall yang sememangnya tidak pernah suram itu. Setelah membisikkan kalimah pesanan terakhir kepada sahabatku, Nazirah, aku bergegas meninggalkannya dan bersegera menuju ke arah Fatin dan Azyan ke muka pintu pusat membeli belah. Bagaikan menyeru2 kami agar segera pulang. Maklumlah, sudah hampir pukul 7 malam.

Setibanya kami di perhentian bas, bas masih belum kunjung tiba. Maka, kami berbual memecah kebosanan ruang. Sambil itu, jariku ligat menekan punat handset untuk menhantar mesej kepada Nazirah. Dengan tidak semena-mena, seorang lelaki tempatan yang tampak tidak terurus menyapa kami. Nah, terserlah bau arak yang pekat apabila dia semakin menghampiri. "Ladies, would you spare me some change, please?" Pintanya penuh pengharapan. Mahu bikin tambang teksi katanya. Tapi, masakan tidak boleh naik bas, bukan? Di dalam ruang legar mindaku, lelaki ini tidak ada bezanya dengan peminta sedekah di tepian jalan. Namun, tanpa ku duga, Fatin telah pun mengeluarkan sejumlah duit syiling dari poketnya. Dan secara automatik, aku turut mengeluarkan wang syilingku dari poket, mahu menyumbang juga fikirku. Lelaki itu kelihatan sangat berterima kasih lantas memeluk kami bertiga. Kami hanya mampu menolak huluran tangannya tanda defensive dengan budaya asing itu.

Sejurus selepas lelaki tersebut beredar, kami mula merancakkan komen-komen panas. Rasa tidak puas hati pun ada, bimbang turut menerpa kalau-kalau wang tersebut gunanya ke arah merosakkan akal yang sejahtera (if you know what I mean).

Fatin: Serius, Aten ingat dia nak duit pecah!
Raihanah: Kita pun blur kejap tadi.
Azi: .....

Dengan tidak semena-mena...

Mr. X: Girls, I guess you are missing Malaysia right now?

Serentak kami berpaling melihat siapakah yang bersuara. Seorang lelaki 40-an, tinggi, berpakaian sederhana, berperwatakan seorang bapa, tapi cukup membuat kami tertarik dengan lafaz perkenalannya. Dari pertemuan singkat di perhentian bas, hingga membawa ke dalam bas, kami seronok berbual dengannya. Itulah Terry Mc Parland yang mesra orangnya, sebagaimana yang tertera dalam kad namanya. Seorang pengurus di International Education Services, Enterprise Ireland yang bertanggungjawab terhadap kemasukan international students ke universiti-universiti di Ireland. Pernah bermastautin di Malaysia selama lima setengah tahun, specifically di Ampang. Berpendapat bahawa Malaysia adalah negara yang menarik tetapi penuh rahsia lagi tersembunyi. Gemarkan makanan Malaysia yang pelbagai dan pandai mengucapkan 'Selamat Pagi'.

Menarik dan tertarik bukan? Apabila ada orang Irish yang seolah-olah berkongsi perasaan dengan kita tentang betapa suburnya Malaysia di hati.

Namun, fikiranku melayang jauh. Terasa seolah-olah niqmat dan ni'mat datang pada masa yang sama., silih berganti. Niqmat akibat wang dihulur kepada seseorang yang tak pasti. Ni'mat berkat perbualan singkat dengan Terry. Rasa bersalah menerpa dalam diri. Tidak sepatutnya aku kesali huluran wang 2 euro kepada kaki botol tadi. Masakan aku tahu ke mana dia membelanjakan wang itu. Totally di luar kawalanku. Semoga huluran yang tak seberapa itu memberi manfaat kepadanya (husnuzzon!). Sambil tersenyum setelah memusatkan pemikiran yang tenang dalam diri, aku melihat mesej di skrin handset yang masih belum ku hantar kepada Nazirah.

SESUNGGUHNYA TIDAK MUNGKIN PERKARA YANG MUNGKIN ITU LEBIH BAIK DARIPADA PERKARA YANG TELAH TERJADI =)

Upcoming events...