Friday, September 4, 2009

Money is the root to all evil?


Bismillah.

Komputer ribaku dibuka. Terpampang imej peta dunia pada desktop yang telah aku customizekan beberapa hari yang sudah. Ah, sungguh indah kenangan itu, walaupun memberi ISK dalam masa 4 jam sahaja??? Masih basah dalam ingatanku wajah-wajah innocent yang…..(cut! I’m supposed to write about money, not ISK!)

Money. Duit. Wang. Ringgit Malaysia. Great Britain Pound. Euro. Just name it. Semuanya ada nilai masing-masing (menulis tentang duit bukan bermakna saya adalah seorang pelajar Business, neither am I a medical student who gets obsessed of how to get rich quicker in the near future). Jatuh naiknya matawang dunia tak lain tak bukan kerana menerima tempias naik jatuhnya matawang Dollar Amerika. Oleh itu, saranan supaya kita put into consideration akan penggunaan matawang dinar emas bukanlah idealistik, tapi membolehkan anda menyelamatkan nilai dalam setiap sen anda sambil berpijak di bumi yang nyata.

Ya, duit itu penting. No money no talk, no pain no gain. Kerana dengan wang, kita mampu menjalankan setiap satu urusniaga dalam kehidupan, tidak terbatas kepada memenuhi keperluan asasi sahaja menurut Maslow dalam hierarkinya, tapi apa yang lebih penting dalam amal dakwah kita sendiri. Pernah dengar istilah financial freedom? Suatu keadaan di mana anda tidak perlu lagi risau akan pengaliran keluar masuk wang anda, (bukan membazir sama sekali) tetapi anda berasa bahagia kerana pergantungan wang anda tidak lagi kepada yang lain melainkan Allah SWT.

Suka saya di sini untuk bercerita. Cerita tentang urusniaga yang tak masuk akal. Dalam ini dunia, pernahkah kita bertemu dengan seorang Saudagar ini. Beliau menemui anda dengan himpunan laptop jenama Apple yang tak terkira banyaknya. Beliau tidak langsung menyuruh anda melaburkan wang simpanan anda yang berkepuk-kepuk dalam bank konvensional kepadanya ibarat skim cepat kaya. Apatah lagi merayu anda dengan tebu ditanam di tepi bibir. Beliau hanya menawarkan kepada anda kesemuanya laptop miliknya, dengan syarat anda menggunakan kepakaran seperti skil PR yang anda miliki untuk menjual laptopnya, ibarat direct selling. Dan yang lebih tidak masuk akal, Beliau menjanjikan pulangan keuntungan yang anda miliki semuanya akan menjadi milik anda tanpa perlu dipulangkan kepadanya walau 1 sen pun. Does that ring a bell to you?

111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (Surah at-Taubah)

Itulah urusniaga dengan Allah yang tidak terperi habuannya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Dan apabila dibumikan urusniaga dengan Allah, tidak dapat tidak kita akan terlibat dengan urusniaga sesama manusia.

Beruntunglah sesiapa yang menerima tawaran hebat saudagar tersebut. Lebih beruntung lagi jika dia mampu memberi lebih, menjana kewangan peribadinya untuk dilaburkan dalam urusniaga pilihan sang Saudagar. Di sinilah kita perlu mula berfikir akan sumber pendapatan tambahan.

Jadi, mahu menjana kewangan peribadi yang lebih untuk Pak Saudagar? Tapi ada syarat-syaratnya. Kerja yang hendak dilakukan mestilah boleh dilakukan dalam part-time basis, tidak time-consuming, tidak memerlukan terlalu banyak pengurusan , tidak memerlukan wang yang banyak, tetapi akan menjana laba yang cukup memberangsangkan. Bukankah dakwah merupakan core business kita? Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Jadi, hati-hati ya?

Bukankah sebelum kaki kita dijejak ke menara gading, kita adalah Raja Akademik? Bukan sahaja kesayangan guru-guru, bahkan harapan sekolah untuk dilonjakkan menjadi sekolah cemerlang. Ya, saki-baki pelajaran di sekolah menengah mungkin hanya tinggal sisa, tetapi mengapa tidak untuk digilap sedikit sahaja lagi untuk anda buka kelas tuisyen mengajar adik-adik yang ingin mengikut jejak langkah anda? Pasti ramai kanak-kanak dan remaja di sekitar kawasan kejiranan anda yang mahukan servis ini. Plus point, inilah amal jariah yang tidak akan terputus dari anda selain doa anak yang soleh dan sedekah sekiranya ilmu itu direalisasikan menjadi amal.

Ramai penulis berbakat di luar sana, bukan? Penulis fitrah yang melempiaskan idea mereka melalui penulisan blog jalanan selain penulis formal. Penulisan yang membina fikrah, membawa insan kepadaNya dan membuahkan amal. Ramai juga orang yang gemar membaca, jika tidak masakan novel-novel boleh menjadi best-seller? Apabila penulisan anda diterbitkan, anda hanya perlu memastikannya lebih tersusun, mempunyai mesej yang mendidik dan anda akan menerima royaltinya! Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa menulis adalah aktiviti part-time yang sempurna. Ia mungkin tidak menjanjikan pulangan berganda dalam satu malam, tetapi memandangkan ramai di antara kita yang gemar menulis, why not get paid for it?

Saya yakin kita bukanlah pelajar-pelajar yang hanya tahu belajar, menghadap buku 24/7, dan hanya boleh bercakap tentang apa yang sedang kita pelajari. Pelajar Kejuruteraan hanya pandai cakap tentang bolt dan nat, pelajar perubatan hanya pandai cakap tentang H1N1. Saya yakin di antara kita ada yang pandai berenang, menjahit, memasak mahu pun mengendalikan sesi aerobik (seperti yang saya pelajari di Summer Camp Ireland 2009). Kemahiran seperti ini mendapat permintaan yang memberangsangkan contohnya di kalangan suri rumah tangga yang mungkin mempunyai banyak masa lapang lebih-lebih lagi selepas tengah hari. Sambil-sambil berenang, pasti boleh kita berborak-borak tentang Islam. But make sure you know your stuff!


Kalau anda duduk dekat dengan kolej, kerja ini pasti lebih mudah. Di kolej memang tak menang tangan untuk melakukan kerja-kerja mengedit, menaip mahupun proofreading. Kerja-kerja menterjemah pun mungkin ada. Suatu kelebihan untuk mereka yang multilingual. Saya sendiri pernah melihat seorang rakan sibuk menterjemah hasil tulisan bapanya yang merupakan seorang professor dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Apalah guna sijil MUET mahupun IELTS yang tersimpan sejak beberapa tahun lepas dalam fail akademik kita? Menaip pun tidak sepatutnya menjadi masalah, bukankah kita sudah terbiasa menaip laju ketika chatting dengan kawan-kawan di Yahoo Messenger?

Sesungguhnya peluang untuk menambah pendapatan itu terbuka di mana-mana, bergantung kepada kita untuk mencarinya. Kalau suara anda sedap, boleh juga menyanyi (tapi suara kita aurat, kan?) Kalau anda tidak buta IT seperti saya, boleh juga mengintai peluang yang disediakan di Internet.

Ya, saya sendiri belum pernah memiliki pengalaman bekerja. Hanya my dutiful job yang perlu dilaksanakan di rumah ketika cuti sekolah. Itu pun tidak berbayar. Mendambakan pendapatan tambahan mungkin menjadi mimpi ngeri bagi mereka yang tidak mampu untuk memberi komitmen kepadanya. Disiplin perlu ada. Seperti John Grisham, seorang peguam yang perlu bangun seawal pukul 5 pagi untuk menghasilkan novelnya. Saya percaya dunia pekerjaan yang sebenarnya lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi itulah hidup. It’s not the matter of what we are dealing with, but how we deal with it.

By the way, is money the root of all evils? My answer, it depends.

End of story.

p/s: Credit to Mr Azizi Ali, writing the splendid The Millionaire In Me. Jangan lupa core business kita!

Saturday, May 23, 2009

Ceritera Si Sopak, Si Botak dan Si Buta

Bismillahirrahmanirrahim

Zuhur mula membuka tirainya. Saat ini, aku sedang melontar pandanganku ke luar tingkap. Pohon nan hijau di backyard ternyata memberi kesegaran optik untuk jadi bekal mujahadahku menelusuri kembara Gastrointestinal and Hepatology Module. Sang mentari pun nyata tak segan silu memancarkan sinarnya ke seluruh alam maya. Tapi kenapa cahayanya tak serembang biasa? Oh, lupa pula, Fatin is not at home today, so nobody blocks the window, hihi.

Nak dengar cerita best tak?

Bukan sekadar ceritera dongeng orang purbakala, tapi memang rentetan koleksi hadis Nabi yang tak lapuk dimakan zaman. Tapi kisah ini memang saling tak tumpah dengan cerita rakyat zaman Hang Tuah yang harum namanya ke seluruh pelusuk negeri. Ala2 kisah 3 orang buta dengan gajah.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya ada tiga orang dari kaum Bani Israil, yaitu orang supak - yakni belang2 kulitnya, orang botak dan orang buta. Allah hendak menguji mereka itu, kemudian mengutus seorang malaikat kepada mereka. Ia mendatangi orang supak lalu berkata: "Keadaan yang bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?" Orang supak berkata: "Warna yang baik dan kulit yang bagus, juga lenyaplah kiranya penyakit yang menyebabkan orang2 merasa jijik padaku ini." Malaikat itu lalu mengusapnya dan lenyaplah kotoran2 itu dari tubuhnya dan dikurniai -oleh Allah Ta'ala - warna yang baik dan kulit yang bagus. Malaikat itu berkata pula: "Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?" Orang itu menjawab: "Unta." Atau katanya: "Lembu," yang merawikan Hadis ini sangsi - apakah
unta ataukah lembu. Ia lalu dikaruniai unta yang bunting, kemudian malaikat berkata: "Semoga Allah memberi keberkahan untukmu dalam unta ini."

Malaikat itu seterusnya mendatangi orang botak, kemudian berkata: "Keadaan yang bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?" Orang botak berkata: "Rambut yang bagus dan lenyaplah kiranya apa-apa yang menyebabkan orang-orang merasa jijik padaku ini." Malaikat itu lalu mengusapnya dan lenyaplah botak itu dari kepalanya dan ia dikurnia rambut yang bagus. Malaikat berkata pula: "Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?" Ia berkata: "Lembu." Iapun lalu dikarunia lembu yang bunting dan malaikat itu berkata: "Semoga Allah memberikan keberkahan untukmu dalam lembu ini."

Akhirnya malaikat itu mendatangi orang buta lalu berkata: "Keadaan bagaimanakah yang amat tercinta bagimu?" Orang buta menjawab: "Yaitu hendaknya Allah mengembalikan penglihatanku padaku sehingga aku dapat melihat semua orang." Malaikat lalu mengusapnya dan Allah mengembalikan lagi penglihatan padanya. Malaikat berkata pula: "Harta macam apakah yang amat tercinta bagimu?" Ia menjawab: "Kambing." Ia pun dikurnia kambing yang bunting - hampir beranak.

See full size image


Yang dua ini - unta dan lembu melahirkan anak-anaknya dan yang ini - kambing - juga melahirkan anaknya. Kemudian yang seorang - yang supak - mempunyai selembah penuh unta dan yang satunya lagi - yang botak - mempunyai selembah lembu dan yang lainnya lagi - yang buta - mempunyai selembah kambing.

Malaikat itu lalu mendatangi lagi orang - yang asalnya - supak dalam rupa seperti orang supak itu dahulu keadannya - yakni berpakaian serba buruk - dan berkata: "Saya adalah orang miskin, sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperoleh rezeki bagiku dalam bepergianku ini. Maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini kecuali Allah kemudian dengan pertolonganmu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah yang telah mengurniakan padamu warna yang baik dan kulit yang bagus dan pula harta yang banyak, sudi kiranya engkau menyampaikan maksudku dalam bepergianku ini - untuk sekadar bekal perjalanannya." Orang supak itu menjawab: "Keperluan-keperluanku masih banyak sekali." Jadi enggan memberikan sedekah padanya. Malaikat itu berkata lagi: "Seolah-olah saya pernah mengenalmu. Bukankah engkau dahulu seorang yang berpenyakit supak yang dijijiki oleh seluruh manusia, bukankah engkau dulu seorang fakir, kemudian Allah mengaruniakan harta padamu?" Orang supak dahulu itu menjawab: "Semua harta ini saya mewarisi dari nenek-moyangku dulu dan mereka pun dari nenek-moyangnya pula." Malaikat berkata pula: "Jikalau engkau berdusta dalam pendakwaanmu - huraianmu yang menyebutkan bahwa harta itu adalah berasal dari warisan, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali seperti keadaanmu semula.

Malaikat itu selanjutnya mendatangi orang - yang asalnya -botak, dalam rupa - seperti orang botak dulu - dan keadaannya -yang hina dina, kemudian berkata kepadanya sebagaimana yang dikatakan kepada orang supak dan orang botak itu menolak permintaannya seperti halnya orang supak itu pula. Akhirnya malaikat itu berkata: "Jikalau engkau berdusta, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali sebagaimana keadaanmu semula."

Seterusnya malaikat itu mendatangi orang - yang asalnya - buta dalam rupanya seperti orang buta itu dahulu - serta keadaannya - yang menyedihkan, kemudian ia berkata: "Saya adalah orang miskin dan anak jalan - maksudnya sedang musafir dan kehabisan bekal, sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperoleh rezeki bagiku dalam bepergianku ini, maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini, kecuali Allah kemudian dengan pertolonganmu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah yang mengembalikan penglihatan untukmu yaitu seekor kambing yang dapat saya gunakan untuk menyampaikan tujuanku dalam bepergian ini." Orang buta dahulu itu berkata: "Saya dahulu pernah menjadi orang buta, kemudian Allah mengembalikan penglihatan padaku. Maka oleh sebab itu ambillah mana saja yang engkau inginkan dan tinggalkanlah mana saja yang engkau inginkan. Demi Allah saya tidak akan membuat kesukaran padamu - karena tidak meluluskan permintaanmu -pada hari ini dengan sesuatu yang engkau ambil karena mengharapkan keridhaan Allah 'Azzawajalla."

Malaikat itu lalu berkata: "Tahanlah hartamu - artinya tidak diambil sedikitpun, sebab sebenarnya engkau semua ini telah diuji, kemudian Allah telah meridhai dirimu dan memurkai pada dua orang sahabatmu - yakni si supak dan si botak." [Muttafaqunalaih]

Ha, amacam? Bestkan hadis ni? Sudah fitrahnya manusia mudah lupa. Bak kata my dearest roommate, Fatin - penyakit MML (macam vaksin Measles-Mumps-Rubella MMR lah pulak, macam MultiLevel Marketing MLM pun ada juga, tapi yang ini maksudnya Melayu Mudah Lupa). Lupa bahawa semuanya terbit dari kasih dan rahmat Yang Maha Pencipta. Tapi realitinya penyakit mudah lupa ini bukan bersarang dalam diri individu satu2 bangsa sahaja, tapi mana2 manusia yang hatinya kering dan terjauh dari zikrullah pasti akan dengan mudahnya membiarkan syaitan menghiasi futurnya. Melayu atau pun Mexican, sama sahaja. Mulalah merasakan kejayaan dalam pelajaran adalah hasil usaha sendiri yang gigih, tak pun disebabkan oleh diri sendiri yang sememangnya sudah genius. Dan dalam medan dakwah itu sendiri, merasakan kehebatan diri yang pandai bermain kata2 sehingga menyebabkan sang mad'u terbeliak biji mata.

Dari Abu Ya'la yaitu Syaddad bin Aus r.a.dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Orang yang cerdik - berakal - ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawanafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah - yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Wednesday, May 20, 2009

Erti hidup...

Bismillah...

Hari ini aku cuba bernafas dengan lebih tenang. Dan apabila aku menoleh ke belakang, teliti dan jejaki kembali rutin hidupku yang biasa, banyak rupanya yang sudah aku tinggalkan. Emel berlambak dalam mailbox, banyak juga berita2 baru yang keluar di depan dada akhbar. Selesema babi sekarang ni dah meningkat jadi hampir 10 000 kes, walaupun mortality masih lagi belum mencecah 100 orang. Exam memang mengeringkan...merengsakan. 2 papers have been nailed down, yet 2 more exams to go. Bak kata seorang teman dalam YM statusnya - MCQ 120 soalan membelasah aku sampai lebam, hehe. Tapi apa2 hal pun, ingin aku sematkan dalam dada, kunci rapat2 dalam pintu hati, bahawa...

"Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya, dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." [Baqarah: 112]

Bila difikir2kan kembali, banyak rupanya benda yang dah berlaku ( masa berlalu, usia bertambah, amal dan ilmu meningkat tak?) Ada benda yang menggeletek hati sampai kita rasa nak pecah perut sebab gelak, tak kurang juga benda2 yang membuatkan kita pening dan resah sampaikan masak nasi pun boleh lupa letak air (pengajaran: jangan masak sambil berangan, FOKUS!) Tapi kalau dianalisa secara terperinci dan mendalam, masyaAllah, roda2 kehidupan ini sangat2lah membuatkan kita tidak rela untuk duduk diam menggigit kuku, tidak semata bertemu dengan teman karib untuk menangis di bahu, tetapi ia mencetus paradigm shift tentang bagaimana kita akan melihat dunia pada hadapan waktu.

Masa...biarlah apa yang telah berlalu, aku mahu melihat yang di hadapan ini terus maju.

Ada satu hari tu, setelah pening+tepu+penuh menghadamkan Benign Colorectal Disease (sungguh clinical), maka aku pun lalu membelek2 Riyadhussalihin (nak jadi orang2 soleh, kenalah explore Taman Orang2 Soleh dulu, ye tak?). Baru nak masuk Bab 3, about himpunan hadis2 Nabi berkaitan kesabaran. Yeah, kesabaran. A topic very wuch dwelled on and discussed, yet very (diulang sebanyak 33x) hard to implement in real life dari zaman Hang Jebat sampailah sekarang, hehe. And tak kurang juga kita selalu sangat jumpa saranan Allah SWT dalam kitabNya yang menyuruh kita untuk SABAR dan SOLAT di kala ujian melanda. However, to cut things short, I was very much attracted to satu hadis ni:

Dari Anas r.a., katanya: "Nabi s.a.w. berjalan melalui seorang wanita yang sedang menangis di atas sebuah kubur. Beliau bersabda: "Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah!" Wanita itu berkata: "Ah, menjauhlah daripadaku, kerana Tuan tidak terkena mushibah sebagaimana yang mengenai diriku dan Tuan tidak mengetahui mushibah apa itu." Wanita tersebut diberitahu – oleh sahabat beliau s.a.w. - bahwa yang diajak bicara tadi adalah Nabi s.a.w. Ia lalu mendatangi pintu rumah Nabi s.a.w. tetapi di mukanya itu tidak didapatinya penjaga-penjaga pintu. Wanita itu lalu berkata: "Saya memang tidak mengenai Tuan - maka itu maafkan pembicaraanku tadi." Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Hanyasanya bersabar - yang sangat terpuji - itu ialah di kala mendadaknya kedatangan mushibah yang pertama." (Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat Muslim disebutkan: "Wanita itu menangisi anak kecilnya - yang mati."

Apa yang Rasulullah maksudkan dengan 'bersabar di kala mendadaknya kedatangan musibah yang pertama?

Jeng...jeng...jeng...


See full size image


Ani (bukan nama sebenar) menerima panggilan telefon dari adiknya yang berada nun jauh dari pandangan mata. "Kakak, arnab kita, Si Ketot baru je mati. Adik lupa nak masukkan sangkar dia ke tempat yang teduh. Dia mati sebab dehydration," ujar adik bernada sendu penuh seribu satu rasa kesal. Ani apatah lagi, meraung sekuat hatinya kerana arnab baka New Zealand itu bukan sahaja mahal, import luar negara dan limited edition, tapi arnab itu jugalah buah hati pengarang jantungnya, tempat Ani meluahkan perasaan (walaupun arnab tu takde pulak bagi respons) dan macam2 lain. Ani menengking si adik sekuat2 hati lantas menghempas telefon, meninggalkan si adik dalam keadaan psychological shock yang tidak terperi kerana tak sangka kerana seekor arnab, kakak kesayangannya seolah2 lupa diri dan dirasuk jembalang.

Tiga hari selepas itu, Ani menelefon si adik, menyatakan rasa kesalnya kerana mengherdik si adik sedemikian rupa. "Maaflah dik, hari tu kakak emo sikit Biasalah, terkejut. Adik maafkan kakak ye?" Si adik hanya mengangguk. Parut luka di hati, siapa yang tahu.

Itulah yang Rasulullah SAW maksudkan dengan pesanannya kepada wanita tersebut. Bukanlah musibah kali pertama itu bermaksud pertama kalinya dalam hidup Ani, dia kematian arnab kesayangannya, maka Ani perlu bersabar untuk yang pertama kali itu sahaja, tidak tertakluk kepada kali kedua, ketiga, ketiga puluh tiga, ketiga ratus tiga puluh tiga etc...

Tapi Rasulullah SAW mengingatkan, dalam apa jua keadaan pun, biar apa rupa musibah pun, yang mungkin melanda kita, kesabaran yang terpuji itu adalah bilamana kita mengamalkan kesabaran itu PADA DETIK KITA MULA2 DICUBA DENGAN UJIAN TERSEBUT.

Dan sudah pasti nilai kesabaran itu sudah menjadi kurang bererti setelah beberapa lama ibarat Ani yang sudah mula cool down selepas 3 hari shock menerima kematian arnabnya.

Marilah kita cuba amalkan senyuman di saat kesusahan bertimpa2. Nukilan senyuman yang mungkin plastik, tapi cukup untuk membuatkan kita terketuk kembali untuk dengan rasionalnya menyatakan kepada diri sendiri bahawa "Still, it is not the end of the world =)."

Saturday, January 10, 2009

Wake up, Rai...Wake up!!!

Waaa~~ Nampaknya dunia semakin menggila sekarang ni. Segila tentera zionis membedil missile2 yg ada carcinogenic potential in the long run (uranium?) pada anak2 Palestin. Dan bertambah gila kemarahan umat manusia seluruh dunia, demonstrasi tak berpenghujung, boikot berlangsung...

Dan lepas exam OSCE (Objective Structured Clinical Examination) saya tamat semalam, tangan ni rasa gatal je nak jenguk2 saudara2 saya kat Palestin tu di dunia maya, sampai x buka pun notes Anatomy untuk next exam hari Isnin. Maafkan saya Palestina, saya alpa...

Sambil tangan mengetuk keypad, jari mengnavigate cursor mouse, saya terpandang 2 buah buku di atas meja yang macam dah nak berhabuk (apalagi kalau bukan sebab x pernah buka)--->ZIONISM, lagi satu buku berjudul HAMAS...kak siha yang bagi buku ZIONISM tu (adakah kerana bahasanye terlalu tinggi, kak siha?hehe)...buku HAMAS tu tak ingatla pula pinjam dari siapa (siapa ada kehilangan, boleh claim ye)

Saya pun bukala buku ZIONISM tu. penulisnya is dr abdallah al-kahtany. yela, kite bukan against judaism, kita cume against zionism, betul x?macamane kita nak benci zionism kalau kite xkenal pun siapa diorang ni, kan?(x kenal maka x benci, cipta pepatah sendiri) Kalau kita singkap balik sejarah purbakala, dapatla kita tau yang sebenarnye British la kerajaan pertama yang iktraf negara Israel ni, at that time in 1948. Disebabkan oleh seorang mamat pakar kimia ni, nama die Chaim Weizzman. Dia ni terer bab2 cipta senjata kimia (explosives actone), especially memang memenuhi citarasa ketenteraan kerajaan British masa tu, so Mr Weizzman ni pun masuk jarum la untuk pujuk British acknowledge diorang.

Teringatla masa saya muda2 dulu, saya agak terkesanla dengan tragedi Holocaust, iaitu pembunuhan orang Yahudi beramai-ramai (ethnic cleansing dalam bahasa Jawa) oleh tentera Nazi, masa tu di bawah pimpinan pakcik misai sejemput iaitu Adolf Hitler (padahal dia tu dulu kerani biase je). Sebab saya memang suka benda2 horror ni, pastu termenung satu hari fikir pasal ni. Tapi realitinya xde bukti and fakta yang kukuh pun yang support peristiwa ni. Bila team penyelidik observe gas chamber (or burning chamber?) yang digunakan untuk holocaust tu, mcm x logik pun kat situ boleh bunuh orang. and kalaula betul pun ade orang Yahudi yang dibunuh Nazi, the amount is pretty much exaggerated by Zionists which is juta2. Semua tu helah diorang untuk dapat simpati and sokongan dari banyak pihak. Tragedi Holocaust ni la antara sebab yang membuat kedudukan zionism kukuh sekarang ni.

Sebenarnya baru baca buku tu halfway, tiba2 kesedaran untuk baca Anatomy timbul. Tapi basically itulah isi2 penting yg pakcik Abdallah nak beritahu pada kita. And sangat betullah ape yg pakcik abu saif kata dalam khutbah jumaat beliau, isu palestin ini membawa kita kembali kepada islam. semua di antara kita pun menuding jari pada zionism atas malapetaka yang berlaku pada saudara kita kat Palestin. Tapi sedikit yang mahu menuding jari pada diri sendiri, pada kelalaian umat islam sendiri (especially yang tengah tulis entry ni)...

I have a very interesting analogy to share with all, reminisced from abu saif, but pernah baca somewhere before ni (muntalaq kah?) analogy pasal pertembungan antara realiti dan ilusi...kita tau kan berhala sembahan orang arab jahiliyah suatu ketika dulu adalah berasal dari alim ulama' yang telah meninggal dunia, kemudian orang arab carved jadi patung untuk memperingati jasa mereka, tapi ended up jadi worshipping and idolization, kan? pastu on one very fine day, ade seekor burung hinggap kat atas kepala patung ni and passed motion. but nothing can be done pun by the patung. they couldn't get rid of the bird, or even clean all the mess...why and why and why???pada realitinya, alim ulama' ni hebat je masa diorang hidup. haa, kat sinila pertembungan antara realiti dan ilusi...patung tu analogi kepada ilusi (ilusi kepada kehebatan ulama') tapi burung tadi adalah realiti. masakan boleh ilusi melawan realiti dong?

Dapat tak kaitkan dengan diri sendiri? mesti x dapat kan?(sebab masa mula2 dengar analogy ni pun x dapat nk relate juga) itulah yang berlaku sekarang ni...Quran dah beritahu orang Yahudi ni macam mane, dan sekarang itulah realitinya, org2 Yahudi memang behave mcm ape yg Quran dah describe. Tapi ape jadi dgn orang Islam???betapa hebatnya Quran mencanang2 kehebatan orang Islam--->umat pertengahan (ummatan wasata), umat terbaik (khaira ummatan) dan macam2 lagi...tapi adakah kita dah mencapai realiti itu? ke kite ni masih terawang2 dalam ilusi lagi???(astaghfirullah, moga yang menulis ni lebih terkesan dari yang membaca) sekarang ni kitalah patung tadi, Zionismlah burung tadi...

Wahai Raihanah,
Ingatlah...
Mungkin hanya umat Palestin sahaja yang betul2 portray the reality of Muslim yg disebut2 dlm Quran...
Janji Allah pada kemenangan Palestin itu suatu janji yang pasti,
Tapi pastikah kita dengan jawapan yang kita nak berikan pada Allah bila ditanya tentang apa yang kita dah buat untuk pertahankan tanah suci Islam yang ketiga?

Okla, hope that everyone get something as a take-home message...perjuangan Anatomy perlu diteruskan (dural venous sinus at the moment), sebagaimana perjuangan rijal2 Palestin melontar batu pada askar Zionis bersenjatakan M-16...ALLAHUAKBAR!

Upcoming events...