Sunday, May 4, 2008

~The Beauty of Quran 1~


3 May 2008
1430
Kahfi

Dalam perkumpulan usrah pada kali ini, kami tadabbur ayat Surah Nuh, 71: 15-28. Sebuah surah yang sangat relate i would say dengan kehidupan sebagai seorang da'ie. Walaupun aku sudah ketinggalan 14 ayat ke belakang lantaran sakit kepala yang amat sangat lantas 'tuang' usrah, namun harapanku biar usrah kali ini berbekas dalam diri.

Kisah Nabi Nuh ini, seperti yang dikupas dalam perbincangan yang lepas, merupakan antara surah yang meriwayatkan kisah Nabi Nuh yang masyhur memandangkan baginda menyeru kaumnya mengutip debunga-debunga Islam dalam tempoh 950 tahun, suatu tempoh hayat yang sukar untuk dijangkau oleh umat Muhammad yang sudah akhir zaman ini. Namun kesudahannya, tidak ramai dari kaum baginda yang sudi menyedut madu kemanisan iman yang dihulur.

Hal ini tidak mematahkan semangat Nabi Nuh, malah baginda menjadi semakin gigih menyebarkan dakwah baginda. Malah Allah Taala masih lagi menurunkan rahmatNya kepada kaum Nabi Nuh ini sebagaimana dalam ayat 4:
"Nescaya Dia Mengampuni sebahagian dosa-dosamu dan memanjangkan umurmu sampai batas waktu yang ditentukan. Sungguh, ketetapan Allah itu apabila telah datang tidak dapat ditunda, seandainya kamu mengetahui."

Lihat ayat 15 dan 16:
"Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Allah telah menjadikan tujuh langit yang berlapis-lapis? Dan di sana Dia Menciptakan bulan yang bercahaya dan Menjadikan matahari sebagai pelita (yang cemerlang)?"
Sungguh indah ayat ini, agar kita sentiasa berfikir akan kebesaran dan keagunganNya. Bukan sekadar penciptaan langit, malah penciptaan manusia itu sendiri sudah tertunjuk bukti kekuasaan Allah Yang Maha Agung. Kadangkala manusia lebih terpesona dengan kaktus yang berbentuk nama Allah dan gumpalan awan di langit yang melakar nama Muhammad, tetapi lupa untuk mengamati kejadian diri sendiri yang sudah cukup sempurna. Moga allocation yang Allah telah Takdirkan ke atasku dalam bidang medicine akan lebih daripada membuka mataku seluas-luasnya. Malah, mendalami seorang mad'u dengan menjelaskan perkaitan antara alam dengan Islam, mudah-mudahan dapat memekarkan rasa 'izzah terhadap agama ini.

Dalam ayat 17 dan 18:
"Dan Allah Menumbuhkan kamu dari tanah, tumbuh (beransur-ansur). Kemudian Dia akan Mengembalikanmu kedalamnya (tanah) dan Mengeluarkan kamu (pada hari kiamat) dengan pasti."
Bandingkan dengan surah Al-A'raf, 7:58
"Dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh subur dengan izin Tuhan; dan tanah yang buruk, tanam-tanamannya yang tumbuh merana. Demikianlah Kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda (kebesaran Kami) bagi orang-orang yang bersyukur."
Sesungguhnya kejadian penciptaan manusia ini tidak berbeza dengan kitar hidup tumbuh-tumbuhan, yang membenih dari tanah dan mereput kembali ke dalamnya. Malah, apa yang lebih cantik lagi, manusia dan tumbuhan saling memerlukan antara satu dengan yang lain - manusia mahukan oksigen, tumbuhan mahukan karbon dioksida. Tetapi bagi manusia, awas, kerana hisab itu adalah suatu KEPASTIAN.

Allah Berfirman dalam ayat 19 dan 20:
"Dan Allah Menjadikan bumi bagimu sebagai hamparan. Agar kamu dapat pergi kesana kemari di jalan-jalan yang luas."
Ada unsur sarcasm di situ. Betapa Allah Menyindir kamu Nabi Nuh yang degil ini, betapa mereka lari dari mendengar seruan Nabi Nuh, menutup lubang telinga dengan jari dan menutup muka mereka dengan baju, namun mereka sekali-kali tidak akan dapat lari, kerana mereka akan terus masih berpijak di bumi kepunyaan Allah ini.

Dalam ayat 21, 22 dan 23, terdapat 2 golongan yang merupakan cabaran besar buat Nabi Nuh iaitu:
1) Thagut yang membuat tipu helah tentang dunia, mengajak kaum Nabi Nuh agar merasa senang tidak meninggalkan amalan penyembahan berhala (bagi mereka, harta dan anak-anak hanya menambah kerugian pada mereka)
2) Kaum baginda yang degil dan hanya mengikut telunjuk thagut
Namun perlu diingat, berhala zaman kini bukan semata-mata batuan Wad, Suwaq, Yaguth, Ya'uq dan Nasr seperti yang disembah kaum Nabi Nuh. Malah hawa nafsu juga boleh menjadi berhala yang mendiami hati dan menutup fitrah seseorang yang menyebabkannya terjerumus ke dalam lembah kekufuran.

Jika diteliti, surah ini juga memaparkan doa Nabi Nuh kepada Allah SWT yang bermula dengan keluh-kesah yang bertingkat menjadi perasaan geram terhadap kedegilan kaumnya. Sehingga baginda berdoa agar kaumnya ditambahkan lagi kesesatan serta dihapuskan kerana sekiranya dibiarkan mereka itu tetap terus bermaharajalela di muka bumi, nescaya banyak kerosakan yang akan melarat. Tiada delay antara masa penenggelaman ketika bah dengan saatnya mereka dicampakkan ke dalam api neraka kerana sesungguhnya tiada hisab bagi orang-orang kafir. Dan apa yang pasti, penurunan bala Allah ini merupakan suatu bentuk tapisan antara orang beriman dengan orang yang ingkar.

~Quran is beautiful, beautify your soul with it~

2 comments:

rossees said...

salaam... semoga cita2 rai tercapai... menjadi seorang murobbi yang baik ;)

perindu_sorga said...

siapa yg pakai apron kaler maroon ni?

Upcoming events...