Wednesday, May 20, 2009

Erti hidup...

Bismillah...

Hari ini aku cuba bernafas dengan lebih tenang. Dan apabila aku menoleh ke belakang, teliti dan jejaki kembali rutin hidupku yang biasa, banyak rupanya yang sudah aku tinggalkan. Emel berlambak dalam mailbox, banyak juga berita2 baru yang keluar di depan dada akhbar. Selesema babi sekarang ni dah meningkat jadi hampir 10 000 kes, walaupun mortality masih lagi belum mencecah 100 orang. Exam memang mengeringkan...merengsakan. 2 papers have been nailed down, yet 2 more exams to go. Bak kata seorang teman dalam YM statusnya - MCQ 120 soalan membelasah aku sampai lebam, hehe. Tapi apa2 hal pun, ingin aku sematkan dalam dada, kunci rapat2 dalam pintu hati, bahawa...

"Tidak! Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya, dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." [Baqarah: 112]

Bila difikir2kan kembali, banyak rupanya benda yang dah berlaku ( masa berlalu, usia bertambah, amal dan ilmu meningkat tak?) Ada benda yang menggeletek hati sampai kita rasa nak pecah perut sebab gelak, tak kurang juga benda2 yang membuatkan kita pening dan resah sampaikan masak nasi pun boleh lupa letak air (pengajaran: jangan masak sambil berangan, FOKUS!) Tapi kalau dianalisa secara terperinci dan mendalam, masyaAllah, roda2 kehidupan ini sangat2lah membuatkan kita tidak rela untuk duduk diam menggigit kuku, tidak semata bertemu dengan teman karib untuk menangis di bahu, tetapi ia mencetus paradigm shift tentang bagaimana kita akan melihat dunia pada hadapan waktu.

Masa...biarlah apa yang telah berlalu, aku mahu melihat yang di hadapan ini terus maju.

Ada satu hari tu, setelah pening+tepu+penuh menghadamkan Benign Colorectal Disease (sungguh clinical), maka aku pun lalu membelek2 Riyadhussalihin (nak jadi orang2 soleh, kenalah explore Taman Orang2 Soleh dulu, ye tak?). Baru nak masuk Bab 3, about himpunan hadis2 Nabi berkaitan kesabaran. Yeah, kesabaran. A topic very wuch dwelled on and discussed, yet very (diulang sebanyak 33x) hard to implement in real life dari zaman Hang Jebat sampailah sekarang, hehe. And tak kurang juga kita selalu sangat jumpa saranan Allah SWT dalam kitabNya yang menyuruh kita untuk SABAR dan SOLAT di kala ujian melanda. However, to cut things short, I was very much attracted to satu hadis ni:

Dari Anas r.a., katanya: "Nabi s.a.w. berjalan melalui seorang wanita yang sedang menangis di atas sebuah kubur. Beliau bersabda: "Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah!" Wanita itu berkata: "Ah, menjauhlah daripadaku, kerana Tuan tidak terkena mushibah sebagaimana yang mengenai diriku dan Tuan tidak mengetahui mushibah apa itu." Wanita tersebut diberitahu – oleh sahabat beliau s.a.w. - bahwa yang diajak bicara tadi adalah Nabi s.a.w. Ia lalu mendatangi pintu rumah Nabi s.a.w. tetapi di mukanya itu tidak didapatinya penjaga-penjaga pintu. Wanita itu lalu berkata: "Saya memang tidak mengenai Tuan - maka itu maafkan pembicaraanku tadi." Kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Hanyasanya bersabar - yang sangat terpuji - itu ialah di kala mendadaknya kedatangan mushibah yang pertama." (Muttafaq 'alaih)
Dalam riwayat Muslim disebutkan: "Wanita itu menangisi anak kecilnya - yang mati."

Apa yang Rasulullah maksudkan dengan 'bersabar di kala mendadaknya kedatangan musibah yang pertama?

Jeng...jeng...jeng...


See full size image


Ani (bukan nama sebenar) menerima panggilan telefon dari adiknya yang berada nun jauh dari pandangan mata. "Kakak, arnab kita, Si Ketot baru je mati. Adik lupa nak masukkan sangkar dia ke tempat yang teduh. Dia mati sebab dehydration," ujar adik bernada sendu penuh seribu satu rasa kesal. Ani apatah lagi, meraung sekuat hatinya kerana arnab baka New Zealand itu bukan sahaja mahal, import luar negara dan limited edition, tapi arnab itu jugalah buah hati pengarang jantungnya, tempat Ani meluahkan perasaan (walaupun arnab tu takde pulak bagi respons) dan macam2 lain. Ani menengking si adik sekuat2 hati lantas menghempas telefon, meninggalkan si adik dalam keadaan psychological shock yang tidak terperi kerana tak sangka kerana seekor arnab, kakak kesayangannya seolah2 lupa diri dan dirasuk jembalang.

Tiga hari selepas itu, Ani menelefon si adik, menyatakan rasa kesalnya kerana mengherdik si adik sedemikian rupa. "Maaflah dik, hari tu kakak emo sikit Biasalah, terkejut. Adik maafkan kakak ye?" Si adik hanya mengangguk. Parut luka di hati, siapa yang tahu.

Itulah yang Rasulullah SAW maksudkan dengan pesanannya kepada wanita tersebut. Bukanlah musibah kali pertama itu bermaksud pertama kalinya dalam hidup Ani, dia kematian arnab kesayangannya, maka Ani perlu bersabar untuk yang pertama kali itu sahaja, tidak tertakluk kepada kali kedua, ketiga, ketiga puluh tiga, ketiga ratus tiga puluh tiga etc...

Tapi Rasulullah SAW mengingatkan, dalam apa jua keadaan pun, biar apa rupa musibah pun, yang mungkin melanda kita, kesabaran yang terpuji itu adalah bilamana kita mengamalkan kesabaran itu PADA DETIK KITA MULA2 DICUBA DENGAN UJIAN TERSEBUT.

Dan sudah pasti nilai kesabaran itu sudah menjadi kurang bererti setelah beberapa lama ibarat Ani yang sudah mula cool down selepas 3 hari shock menerima kematian arnabnya.

Marilah kita cuba amalkan senyuman di saat kesusahan bertimpa2. Nukilan senyuman yang mungkin plastik, tapi cukup untuk membuatkan kita terketuk kembali untuk dengan rasionalnya menyatakan kepada diri sendiri bahawa "Still, it is not the end of the world =)."

No comments:

Upcoming events...