Monday, April 14, 2008

PALESTINE!!! Here I Come!!!


Assalamualaikum w.b.t.
Masih terngiang-ngiang dalam kotak memori ini, ketika Kak Firdausi menceritakan betapa bermaknanya pengalaman menyertai demonstrasi jalanan di Ireland, lebih-lebih lagi memandangkan realiti demonstrasi jalanan di Malaysia tidak sunyi dari semburan gas pemedih mata, suasana huru-hara, hamburan sang polis yang patuh kepada tugasnya untuk meleraikan perhimpunan orang ramai. Ana sendiri tidak pernah menyaksikan apatah lagi menyertai demonstrasi jalanan di Malaysia. Mungkin selepas ini boleh berkongsi pengalaman bersama Sarah, rakan sekelas ana yang sememangnya terdedah dengan acara seumpama ini sejak kecil lagi.

Tanggal 12 April 2008, di saat ana masih lagi berpijak di bumi Ireland, ana beroleh peluang ini, alhamdulillah. Ingin juga ana intai sejauh mana kebenaran komen Kak Firdausi. Ingin juga ana intai neraca penilaian Kak Firdausi, seorang yang berperwatakan menarik pada pandangan ana. Dua hari sebelum itu lagi, Kak Firdausi sudah mengajak untuk turut serta dalam demonstrasi itu sebaik sahaja kami selesai ber'keluarga' di Rumah Sweet 17.

Ternyata, undangan Kak Firdausi membuahkan rasa puas hati di kalangan kami semua. Bayangkan, suasana demonstrasi di Ireland cukup berbeza dengan demonstrasi yang acap kali diadakan di Malaysia. Ana dan beberapa orang dari kami hanya berpuas hati dengan membawa papan tanda yang tertulis 'END THE SIEGE'. Ana tersenyum melihat telatah Kak Firdausi yang kelihatan agak kesal kerana tertinggal bendera Palestin di Rumah Sweet 17, padahal awal-awal lagi dia sudah bercadang untuk mengikat bendera itu di belakang ala-ala Superman. Semakin lebar senyumanku apabila melihat dia tidak putus asa untuk mendapatkan bendera Palestin yang paling besar daripada sukarelawan bertugas.

Ucapan yang berapi-api daripada seorang ahli 'socialist' itu membuka tirai demonstrasi tengah hari itu. Hujan yang turun renyai-renyai pun tidak dapat memadamkan bara semangat kemanusiaan dari wajah-wajah yang hadir. Kadang kala, rasa malu dalam diri ana sendiri timbul apabila memikirkan betapa prihatin umat bangsa kafir yang memperjuangkan hak Islam Palestin atas nama kemanusiaan. Sedangkan ana sendiri belum cukup arif untuk membincangkan banyak hal berkenaan isu negara yang tertindas dan terus tertindas itu. Moga kepergian ana ini, memekarkan kesedaran yang mendalam tentang nasib saudara-saudara seagama.

Perarakan kami mengelilingi Kota Dublin bukan sebarang perarakan. Perarakan kami ibarat Menteri Besar atau Perdana Menteri yang duduk di dalam kereta mewah, di mana kami diiringi oleh polis-polis atau lebih dikenali sebagai 'Gardai' yang setia memberhentikan segenap penjuru kenderaan yang selama ini menguasai jalan-jalan besar agar 'kenderaan' perarakan kami yang jauh lebih besar dan penuh dengan makna perjuangan ini terus dapat melakar kesedaran dalam diri insan-insan yang lalu-lalang di tepian.

Tanpa disangka-sangka, suatu perasaan yang tidak dapat ana kenalpasti menerjah ke dalam sanubari ini. Dengan sekuat-kuat hati, ana melaungkan slogan-slogan kemanusiaan yang sememangnya didahului oleh sukarelawan bertugas.

FREE, FREE PALESTINE!!!

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE SHOULD BE FREE!!!

HEY E.U, WHERE ARE YOU!!!

Ana bukanlah seseorang yang terlalu gemarkan perhatian, cuma ana perasan kumpulan kami sememangnya menjadi perhatian majoriti jurugambar-jurugambar yang leka memetik punat kamera masing-masing. Di saat itu juga, ana mengerti bagaimana perasaan Puteri Diana bersama Dodi Al-Fayed ketika mereka berhadapan dengan kerlipan lampu kamera paparazi yang penuh dengan tipu muslihat. Namun, tidaklah seteruk itu bagi kami. Mungkin sahaja kerana kami sahaja pemastautin dari Asia yang menyertai perarakan tersebut. Tambahan pula kami kelihatan cukup bersemangat, sehingga ana dapat melihat kepuasan senyuman yang terukir di wajah seorang jurugambar bebas yang melihat kami sambil mengambil gambar kami dari pelbagai sudut. Wah, lumayan juga jadi jurugambar ini!

Setelah keletihan berdemonstrasi hilang dek hidangan 'mixed tikka' yang lazat di Restoran Madina, ana kembali menyambung perjalanan ke University College Dublin untuk mencari suatu jawapan yang tidak pasti.

Friday, March 14, 2008

silence...

senyap...
hadirmu tak pernah aku undang...
tapi kau ni 'prominent' bukan kepalang...
kau bawak 'confusion' bukan pada seorang...
perlukah senyap kalau tak kena pada tempatnya?

bising...
kalau bising sangat, bingit pula jadinya...
maaflah kalau sampai terpaksa menarik muka...
hakikatnya biarlah seimbang kedua2nya...
senyap dan bising...

p/s: Sajak ringkas ini dibawakan khas dari seorang insan yang rindukan kedamaian dan ketenangan jiwa dalam hidup. Peace to all!

Tuesday, December 11, 2007

kerana sebungkus A4 paper...



Isnin, 10 Disember 2007...Ana, Farah dan Liyana pergi ke Reads di Nassau Street untuk 'topup' kertas A4 yang telah kehabisan di rumah. Ragam orang berkongsi. Cepat saje habisnya. Dalam perjalanan pulang di Grafton Street, kami tertarik untuk masuk ke dalam kedai kasut Clarks. wah3x...walaupun duit scholar still belum bank in, keinginan untuk window shopping tetap menebal...cukuplah sekadar menyejukkan hati...maklumlah, sale merata2 di ambang Hari Krismas seluruh Eropah. Ketika sedang asyik membelek kasut2 yang nampak macam stereotype je semuanya, Farah bertanya kalau2 Ana kenal dan pandai tengok kulit babi. Kalau di Malaysia, bisa sahaja ada label jenis kulit untuk precaution umat Islam. Tapi di tengah2 Ireland di mana Islam masih lagi minoriti, kita selalu berjaga2. Setahu Ana, kulit babi ada 3 bintik kecil. Ketika masih dalam proses kulit-babi-hunting, Farah mengajukan soalan kepada Ana. "Kita ni haram ke pegang babi?" Lantas Ana memikirkan persoalan itu hingga ke saat ini. Dan insyaAllah ingin Ana kongsi penjelasan dan hujah yang agak menarik berkenaan makhluk Allah ini.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kepada yang berkenaan,

Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan babi.

Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram. Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?

Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan isu ini.

Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan) sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja. Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun, bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan, adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya

Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara umumnya saya bersetuju dengan perkataan “desensitization” yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.

Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5. dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan – kumpulan ini akan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selama seminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis penyakit serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan saya, pelajar itu berkongsi gambar – gambar tersebut secara umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis “mughollazoh” iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis “mughollazaoh” tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis “mughollazoh” kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan ‘geli’ atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit ‘geli’ apabila kali pertama memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaian kerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya. Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini “tidak berjangkit” maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak tangannya, ia tidak “berjangkit” jika anda bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara anjing di rumahnya. Begitu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi. Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis. Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis “mughollazoh” pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan - persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda, apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya?adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia yang membolehkan solat tersebut dijamakkan? Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam, dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang kerjaya anda jika anda mencarinya…ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang, dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah “jika anda melihat seekor anjing yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda”. Sebagai seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang menyatakan “Tidak, kerana saya seorang Islam”. Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahua’lam

Saya mengalu – alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan, memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada lapanjuta[at]yahoo.co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua. Terima kasih.

Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM, UPM

Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia

Sunday, December 9, 2007


"Tidak mungkin perkara yang mungkin itu adalah lebih baik daripada perkara yang mungkin"...just a line of sentence but the meaning ponders deep inside for those who wants to think...

Kita seringkali terbiasa dengan kalimah 'kalaulah...', lebih2 lagi apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan..."kalaulah aku bangun awal tadi, mesti aku tak terlepas bas..." cukup mudah kita melafazkannya seolah-olah sekiranya perkara yang mungkin itu kita lakukan, sudah pasti hasil yang lebih memberangsangkan menjadi habuan kita...sedangkan Allah SWT penentu segala...50,000 tahun sebelum langit dan bumi diciptakan, setiap inci pergerakan telah dikoordinasi olehNya. Our survival after birth, the exact time we will open our eyes in the mornings, cukup rapi dan sempurna sekali sehingga tiada suatu apa pun yang terlepas dari qadarNya...Pena telah diangkat dan catatan telah mengering...

Namun, manusia seringkali alpa...mereka diperdayakan oleh daya usaha mereka sendiri...memfokuskan pada usaha sehingga menyangka dengan usaha yang gigih menjadi tiket kepada kejayaan...padahal Allah yang empunya kuasa untuk menganugerahkan nikmatNya...
Jadilah orang beriman, yang apabila melakukan sesuatu bukan kerana ditarik oleh natijah, tetapi ditolak oleh suruhan Allah...

p/s: have a look at the pic above. Specially presented from University College of Cork. Pokok kah...broccoli kah....(just a different way of taking photos ;))

Sunday, November 18, 2007

~as timid as mouse~

I look confident and dependable in many things i do. But, now I want to reveal my top secret that I could be a timid person occasionally. For example, when I was still in high school (my ex SAKTI), I'd rather resist the temptation to go to the toilet in the middle of the night than having to walk along the quiet and cold corridor, or if the temptation was unbearable, I'd just woke my dorm mate up despite of her getting annoyed with me.
You see, that happens when you don't understand. Have we ever wonder that don't we have a companion wherever we go? True enough, we have Allah by our side watching specifically our every little movements, together with the angels Raqib and 'Atid which flawlessly record our daily deeds in a'special diary'. But, have a look at these...(24:41)

"Do you not see that Allah is exalted by whomever is within the heavens and the earth and [by] the birds with wings spread [in flight]? Each [of them] has known his [means of] prayer and exalting [Him], and Allah is Knowing of what they do."

Amidst of the total silence and darkness, you are never alone. You are accompanied by the shining stars, the fresh green grass and the chilly night breeze which never stop exalting Allah...aren't they cute? They are of no difference to us, because we are bound to exalting Allah as a humble obeyer. Don't you think that you have a friend to accompany you to toilet in the middle of the night now?
Haemopoeitic and Immune System = HIS...that is the module in which i found the word disseminate...particularly in Infection and Disease, disseminate simply refers to SPREADing of illness...but I think it is equally right to refer DISSEMINATE to SPREADing the words of Allah-the ultimate task for a khalifah, which only a handful of us do put effort into it. Do refer to 2:30,

"And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority." They said, "Will You place upon it one who causes corruption therein and sheds blood, while we declare Your praise and sanctify You?" Allah said, "Indeed, I know that which you do not know."

And the successive authority mentioned here simply means the khalifah..I have been thinking of writing a blog a long time ago...since i feel that I gain satisfaction by getting my thought across other people's mind box. Alhamdulillah, I got to learn n ponder the words of Allah here in the familiar yet so strange land of Dublin, where Muslims are a minority. Till the next entry, insyaAllah...

Upcoming events...